fbpx

TuneTalk tambah 40GB data strim video percuma ke dalam pelan bulanan #SureOne

Awal tahun ini, TuneTalk melancarkan pelan prabayar baru #SureOne bersama pek prabayar baru, TuneTalk Value Prepaid (TTVP) menggantikan pek lama TuneTalk Buddy Prepaid. Hari ini TuneTalk mengemaskini pelan SureOne dengan tambahan data sehingga 40GB.

Kemaskini baru ini melibatkan dua pelan bulanan sahaja, iaitu pelan RM28 dan RM48. Kedua-duanya datang dengan panggilan tanpa had, 10GB internet asas, serta kuota pek Chat (WhatsApp, WeChat, Viber, Line) dan Sosial (Facebook, Twitter, Instagram) tanpa had.

Untuk pelan bulanan RM28, sebelum ini ia datang bersama 6GB internet berkelajuan tinggi, 10GB internet asas, panggilan tanpa had sesama TuneTalk dan pek Chat dan Sosial tanpa had. Kini ia ditambah dengan kuota strim video sebanyak 6GB.

Pelan bulanan RM48 yang lama pula memiliki 10GB internet berkelajuan tinggi, 10GB internet asas, panggilan tanpa had ke semua talian serta pek Chat, Sosial dan Muzik tanpa had. Kemaskini baru ini memberikan data strim video tambahan sebanyak 40GB.

Kuota strim video baru ini boleh digunakan di platform YouTube, iflix, Netflix, Tonton, Astro Go, Dimsum, Mox Digital, Daily Motion, Alt Balajin, Yupp TV, Viu, Njoi Now, Eros Now dan Klik Film.

Jika kehabisan kuota internet berkelajuan tinggi, pengguna boleh membeli booster 10GB berharga RM10. Booster ini tamat tempoh sahnya bersama langganan pelan bulanan.

Tawaran TuneTalk ini memang menarik memandangkan dengan langganan RM28 sebulan, pengguna bukan sahaja menikmati pek Chat dan Sosial tanpa had, malah diberikan kuota tambahan untuk menonton video strim. Ia adalah satu nilai yang sangat berbaloi.

TuneTalk juga masih menawarkan data 3GB sebulan untuk pengguna baru selama 6 bulan, atau pengguna yang berubah ke TuneTalk dari talian lain, selama 12 bulan secara percuma.

BACA  Jual Nombor Secara Dalam Talian, JPJ Kaut RM15.6 Juta

Untuk mengenali dengan lebih lanjut tawaran terbaru ini, layari laman pelan data #SureOne TuneTalk.