• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayaran tunai tidak lagi diterima di bas RapidKL secara berperingkat bermula 15 April

  • OLEH Najib
  • 8:29 pm
  • 08/04/2019
  • Komen
Bayaran tunai tidak lagi diterima di bas RapidKL secara berperingkat bermula 15 April
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 1 Februari lepas, bas perantara MRT sudah mula tidak menerima bayaran tunai. Pengguna perlu bersedia dengan kad Touch n Go untuk membuat bayaran sebelum menaiki bas.

Langkah ini akan diperluaskan ke semua bas RapidKL di Lembah Klang apabila RapidKL mengumumkan akan mula melaksanakan pembayaran elektronik sepenuhnya bermula 15 April 2019. Pelaksanaan bayaran tanpa tunai ini akan dibuat secara berperingkat mengikut kawasan.



Dengan bayaran tanpa tunai, pengguna menikmati diskaun sebanyak 20% apabila menaiki bas RapidKL. Tiket RM1 hanya perlu membayar 80sen manakala tiket RM2 pula dikenakan caj RM1.60 sahaja.

Pengguna juga boleh menikmati lebih penjimatan dengan membeli tiket perjalanan tanpa had MY50 (bas RapidKL sahaja) atau MY100 (bas RapidKL, LRT, MRT, BRT dan monorel). Bagi pelajar, warga emas dan orang kelainan upaya, boleh memohon kad konsesi yang memberikan diskaun 50% untuk semua perjalanan.



Kad Touch n Go boleh dibeli dari pemandu bas apabila pembayaran digital dilaksanakan sepenuhnya. Harganya RM10 dengan kredit RM4.80 di dalamnya. Tambah nilai pula boleh dibuat di stesen LRT, MRT, Monorail dan BRT menerusi kaunter khidmat pelanggan tetapi dikenakan caj RM0.50.

Maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan ini boleh dirujuk di laman soalan lazim 100% Pembayaran Tanpa Tunai Bas RapidKL.

[Sumber: RapidKL]

Tags: Bas RapidKLRapidKLTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Bayaran tunai tidak lagi diterima di bas RapidKL secara berperingkat bermula 15 April

Bayaran tunai tidak lagi diterima di bas RapidKL secara berperingkat bermula 15 April

8 April 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN