• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ZenFone 6 akan datang dengan skrin boleh gelungsur atas bawah?

  • OLEH Najib
  • 1:02 pm
  • 09/04/2019
  • Komen
ZenFone 6 akan datang dengan skrin boleh gelungsur atas bawah?
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, ZenFone 6 dalam satu majlis di Valencia, Sepanyol. Dalam sebulan lagi kemunculannya, kini telah timbul maklumat berkenaan telefon pintar ASUS ini.

Pembocor berita bersiri @EvLeaks telah berkongsi beberapa gambar yang dikatakan rupa sebenar telefon pintar ASUS ZenFone 6. Menurut beliau, gambaran ini diperoleh dari salah seorang pereka telefon pintar ZenFone 5.



Telefon pintar ini menampilkan skrin boleh gelungsur ke atas dan ke bawah. Ia berbeza dengan Mi MIX 3 yang hanya boleh menggelungsur skrin ke bawah untuk menampilkan modul kamera belakang ke atas skrin.

Di ZenFone 6 ini, apabila skrin menggelungsur ke bawah, ia akan menampakkan kamera hadapan di atas skrin. Tetapi apabila skrin digelungsur ke atas, ia akan mendedahkan pembesar suara di bawah. malah, pembesar suara ini memiliki cop Harman Kardon.



Konsep ini mungkin menunjukkan ZenFone 6 sebagai sebuah peranti dengan fokus utama kepada hiburan dan multimedia. Selain itu, di belakang telefon ini hanya terdapat dua kamera bersama LED Flash yang mungkin memberi petunjuk bahawa ZenFone 6 akan datang dengan pengimbas capjari di dalam skrin.

Selepas tweet pertama, Evan menyambung bebenang tweet tersebut dengan satu lagi gambaran ZenFone 6 yang sedikit berbeza. Kali ini ia menunjukkan terdapatnya skrin kedua di bawah telefon yang boleh digunakan sebagai alat kawalan. Ia sedikit sebanyak kelihatan seperti Nokia N85, dengan butang multimedia di atas dan butang kekunci di bawah. Di bahagian atas pula, terdapat kamera hadapan bersama LED Flash yang lebih besar untuk menghasilkan cahaya yang lebih cerah.

Another riff on the concept. pic.twitter.com/b1ti4VAeSv

— Evan Blass (@evleaks) April 7, 2019

Dengan beberapa gambaran ini, mungkinkah ASUS akan menghasilkan ZenFone 6 dengan pelbagai fungsi melalui skrin boleh gelungsur ke atas dan bawah? Apakah yang anda inginkan di atas dan bawah skrin jika benar ia begini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

[Sumber: EvLeaks, PhoneArena]

BACAAN BERKAITAN

Zenfone 6 buat kemunculan di MWC 2019 secara tersembunyi
Tags: asusZenfone 6
Najib

Najib

POPULAR

ZenFone 6 akan datang dengan skrin boleh gelungsur atas bawah?

ZenFone 6 akan datang dengan skrin boleh gelungsur atas bawah?

9 April 2019
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN