• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Predator Helios 700 Tak Gentar Cuba Benda Baru

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:05 pm
  • 12/04/2019
  • Komen
Predator Helios 700 Tak Gentar Cuba Benda Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Next@Acer adalah acara tahunan yang memperkenalkan sejumlah produk baru Acer. Untuk edisi 2019, mereka mengumumkan sejumlah 14 produk baru yang tiga daripadanya daripada keluarga Predator.

Predator Helios 700 (2019) kali ini menampilkan satu rekaan unik. Diberi nama papan kekunci HyperDrift, modul kekunci laptop ini boleh diluncur keluar daripada badan laptop untuk mendedahkan sistem penyejukan yang ditambah baik.



Pada sistem penyejukan itu terdapat kipas AeroBlade 3D generasi ke-4 yang bergandingan bersama 5 pengalir haba kuprum dan kebuk cecair.

Helios 700

Selain boleh menambah baik sistem penyejukan, papan kekunci HyperDrift boleh meningkatkan tahap ergonomik dengan cara mengekalkan jarak antara pengguna dan paparan kerana papan kekunci sudah berada hampir dengan mereka.



Satu lagi ciri unik Helio 700 adalah pada pengenalan MagForce Key. Ia adalah kekunci khas yang menghantar input pada kompouter bergantung pada tekanan jari anda ke atasnya. Jadi, input anda akan lebih jitu dan tepat.

Gaming akan lebih mengasyikkan dengan panel paparan 17″ FHD IPS berkadar segar semula 144Hz.

Pada sudut spesifikasi teknikal, Helios 700 diperkasa CPU Intel Core sehingga i9 yang akan bergandingan bersama GPU hingga GeForce RTX 2080. Anda boleh dapatkan Helios 700 dengan RAM sehingga 64GB.

Untuk yang kesempitan bajet, Helios 300 (2019) juga menerima tambah baik aabila dilengkapi CPU Core i7 generasi ke-9. Untuk keperluan gaming, ia diberikan GeForce GTX 2070 Max-Q bersama-sama RAM sehingga 32GB.

Helios 500

Pada bahagian paparan, Helios 300 hadir dalam 2 saiz iaitu 15.6″ dan juga 17.3″. Panelnya adalah daripada jenis IPS dengan resolusi HD Penuh.

Predator Helios 300 akan mula dijual bermula Jun 2019 manakala 700 bermula Julai 2019 pada harga masing-masing bermula USD 1,500 (RM 6,175) dan USD 2,700 (RM 11,115.00).

Predator CG437 K

Predator CG437 K adalah paparan terbesar pernah Acer hasilkan dalam keluarganya. Sebesar 43″ ia ditujukan terus pada gamer yang hardcore yang ingin melihat games mereka dipaparkan pada resolusi 4K UHD pada kadar segar semula 144Hz.

AdaptiveSync pada monitor akan menyesuaikan diri dengan frame rate yang dialirkan dari sumber visual i.e komputer ataupun konsol permainan.

Bagi memastikan anda bermain game seperti yang diaspirasikan pembangunnya, julat warna paparan ini meliputi 90% DCI-P3. Ia juga melepasi piawaian ketat DisplayHDR 1000.

Predator CG457KP akan mula dijual September 2019 pada harga sekurang-kurangnya USD 1,300 (RM 5,312).

Tags: Aceracer predatoracer predator helios 700predator
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Predator Helios 700 Tak Gentar Cuba Benda Baru

Predator Helios 700 Tak Gentar Cuba Benda Baru

12 April 2019
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN