• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Panggilan tanpa had di Ookyo kembali lagi bersama Gamer Pack tanpa had

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 18/04/2019
  • Komen
Panggilan tanpa had di Ookyo kembali lagi bersama Gamer Pack tanpa had
Share on FacebookShare on Twitter

Awal bulan ini, kami melaporkan Ookyo telah berhenti menawarkan add-on untuk panggilan dan SMS tanpa had. Kini ia kelihatan telah kembali boleh dilanggan di Ookyo.

Lebih menarik lagi, harganya lebih murah dari sebelum ini. Dulu, add-on ini memberikan panggilan dan SMS tanpa had berharga RM8/bulan, kini ia ditukar kepada panggilan tanpa had dengan harga RM6/bulan sahaja.



Panggilan tanpa had ini boleh digunakan untuk semua panggilan ke talian tempatan. Seperti biasa, Ookyo menawarkan tunai kembali (cashback) dalam bentuk kredit Google Playstore sebanyak 10% dari harga pembelian pelan. Tanpa melanggan pek panggilan, kadar panggilan yang dikenakan ialah 15sen/minit.

Selaian itu, Ookyo juga kini menawarkan Gamer Pack. Dengan tambahan RM5/bulan, pengguna boleh menikmati pengguna data tanpa had untuk 20 games mudahalih. Malah, Ookyo menawarkan cashback sebanyak 15% untuk pek ini. Antara games yang terdapat dalam pek ini ialah Candy Crush, Contra 2019, Mobile Legends dan PUBG Mobile.



Ookyo ialah rangkaian digital di bawah Maxis. Dengan kadar rata RM30/bulan, pengguna diberikan pilihan 4 aplikasi dengan data tanpa had, serta 8GB data untuk kegunaan biasa.

Bagaimanapun, Ookyo memerlukan aplikasinya dipasang di telefon pintar kerana ia menggunakan VPN untuk menawarkan data tanpa had. Buat masa ini, Ookyo hanya boleh digunakan di telefon pintar Android, masih belum ada sokongan di iPhone.

[Sumber: Facebook, Ookyo]

Tags: ookyo
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Panggilan tanpa had di Ookyo kembali lagi bersama Gamer Pack tanpa had

Panggilan tanpa had di Ookyo kembali lagi bersama Gamer Pack tanpa had

18 April 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER