• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PayDirect melalui Touch n Go eWallet kini boleh digunakan di 16 lebuhraya

  • OLEH Najib
  • 12:55 pm
  • 22/04/2019
  • Komen
PayDirect melalui Touch n Go eWallet kini boleh digunakan di 16 lebuhraya
Share on FacebookShare on Twitter

PayDirect merupakan cara mudah membayar tol menggunakan Touch n Go eWallet. Walaupun masih menggunakan kad Touch n Go fizikal, baki tidak ditolak dari kad fizikal, sebaliknya baki di dalam ewallet yang digunakan untuk membayar tol. Dengan cara ini, anda boleh menyemak baki masa nyata, serta membuat tambah nilai eWallet dalam talian di mana jua.

PayDirect diperkenalkan pada Februari lepas dengan lebuhraya DUKE, LKSA dan terowong SMART menjadi perintis, tetapi kini ia boleh digunakan di 16 lebuhraya di Lembah Klang. Senarai penuh lebuhraya yang terlibat adalah seperti berikut:



  1. AKLEH: Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur
  2. GCE: Lebuhraya Koridor Guthrie
  3. LKSA: Lebuhraya Kemuning-Shah Alam
  4. ANIH: Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak
  5. BESRAYA: Lebuhraya Sungai Besi
  6. DUKE: Lebuhraya Duta-Ulu Kelang
  7. Grand Saga: Lebuhraya Cheras-Kajang
  8. Grand Sepadu: Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru
  9. LATAR: Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor
  10. LDP: Lebuhraya Damansara-Puchong
  11. KESAS: Lebuhraya Shah Alam
  12. SILK: Lebuhraya Kajang SILK
  13. MEX: Lebuhraya Maju Kuala Lumpur-Putrajaya
  14. NPE: Lebuhraya Pantai Baru
  15. SMART: Terowong SMART (Stormwater Management And Road Tunnel)
  16. SPRINT: Lebuhraya Sprint (Kerinchi-Damansara-Penchala)

Untuk mengaktifkan fungsi PayDirect, apa yang diperlukan ialah aplikasi Touch n GO eWallet yang boleh dimuat turut di Apple App Store dan Google Play Store. Kemudian hubungkan kad fizikal Touch n Go ke dalam eWallet melalui nombor siri.

PayDirect juga boleh digunakan bersama SmartTAG, dengan memasukkan kad Touch n Go yang telah dihubungkan dengan eWallet ke dalam SmartTAG. Untuk lebih mudah, pengguna juga boleh mengaktifkan fungsi auto-reload di dalam eWallet, di mana ia akan membuat tambah nilai secara automatik apabila baki mencecah nilai minima.



Untuk menarik minat lebih ramai pengguna, pengguna PayDirect boleh menerima 20% rebat semasa membayar tol. Pengguna baru boleh menikmati 10x rebat 20% dan untuk setiap rujukan, pengguna akan menerima tambahan 5x rebat lagi. Tawaran rebat ini boleh dinikmati mulai 21 Februari hingga 30 Jun 2019.

Menurut Touch n Go, mereka kini dalam usaha untuk meluaskan lagi penggunaan PayDirect ke semua jenis perkhidmatan lain di dalam ekosistem Touch n Go seperti transit, tempat letak kenderaan, serta penambahan senarai rakan niaga.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai Touch ‘n Go eWallet, sila layari Facebook Touch n Go eWallet atau laman web Touch n Go PayDirect.

Tags: PayDirectTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
PayDirect melalui Touch n Go eWallet kini boleh digunakan di 16 lebuhraya

PayDirect melalui Touch n Go eWallet kini boleh digunakan di 16 lebuhraya

22 April 2019
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER