• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MaxisONE Home Fibre lebih pantas dengan pelan baru 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps

  • OLEH Najib
  • 11:37 am
  • 22/04/2019
  • Komen
MaxisONE Home Fibre lebih pantas dengan pelan baru 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps
Share on FacebookShare on Twitter

TM baru mengumumkan pelan baru Unifi dengan kelajuan 300Mbps pada kadar RM199/bulan. Hari ini, Maxis mula membuka pendaftaran untuk pelan jalur lebar tetap di rumah dengan kelajuan sehingga 800Mbps.

Maxis kini menambah tiga lagi pelan jalur lebar tetap di rumah iaitu pelan 300Mbps (RM149/bulan), 500Mbps (RM219/bulan), dan 800Mbps (RM299/bulan). Ia sebagai pilihan baru berbanding dua pelan lama yang lebih murah iaitu 30Mbps (RM89/bulan) dan 100Mbps (RM129/bulan).



Pelan 300Mbps di Maxis ini mungkin kelihatan lebih murah dari pelan Unifi 300Mbps yang berharga RM199/bulan, tetapi untuk harga yang lebih tinggi, TM turut memberi Unifi TV Box bersama pek Ultimate untuk pelan 300Mbps. TM juga kini menawarkan 100 filem VOD percuma untuk pelanggan baru Unifi 300Mbps.

Jika tidak memerlukan saluran TV, pelan 300Mbps di Maxis sememangnya jauh lebih murah dari Unifi dan ia juga berbaloi untuk dipilih berbanding pelan 100Mbps Maxis yang berharga RM129/bulan. Hanya tambah RM20 untuk menikmati kelajuan 3x ganda.



Seperti biasa, semua pelan jalur lebar tetap Maxis datang dengan kuota tanpa had. Bagi pelan 100mbps dan ke atas, ia turut disertakan panggilan ke talian tempatan tanpa had. Untuk muat naik pula, pelan 300Mbps mempunyai kelajuan 50Mbps yang sama seperti Unifi 300Mbps. Bagi pelan 500Mbps pula, kelajuan muat naiknya ialah 100Mbps dan 200Mbps bagi pelan 800Mbps.

Lebih menarik lagi, Maxis memberikan 2 unit Wifi Mesh untuk pelan 500Mbps dan 800Mbs secara percuma. Wifi Mesh boleh memberikan liputan yang lebih meluas berbanding satu unit router WiFi sahaja. Bagi pelan 300Mbps ke bawah, pengguna boleh membeli WiFi Mesh pada harga RM300 seunit.

Maxis juga menawarkan pemasangan pada hari cuti hujung minggu bernilai RM150 secara percuma, untuk pengguna yang mendaftar pelan 500Mbps dan 800Mbps. Hari cuti hujung minggu yang dimaksudkan ialah hari Jumaat bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah, Hari Sabtu bagi negeri Johor dan hari Ahad bagi negeri-negeri lain.

Jika berminat dengan pelan baru yang lebih pantas ini, boleh mendaftar menerusi laman web MaxisONE Home Fibre. Maklumat lanjut turut boleh ditemui di laman web tersebut.

Tags: maxisMaxisONE Home Fibre
Najib

Najib

POPULAR

MaxisONE Home Fibre lebih pantas dengan pelan baru 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps

MaxisONE Home Fibre lebih pantas dengan pelan baru 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps

22 April 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN