• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih dari satu OnePlus 7 akan dilancar pada 14 Mei

  • OLEH Najib
  • 10:03 am
  • 25/04/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti OnePlus yang dijadualkan akan muncul selepas ini ialah OnePlus 7. Ia kini telah menerima tarikh pelancaran, disepakati pada 14 Mei 2019.

Dari video petunjuk yang dikongsi OnePlus, kita boleh mentafsir beberapa perkara padanya.



Antaranya ialah tiga bulatan, dipercayai mewakili tiga kamera belakang. Ia juga memiliki bahagian sisi melengkung, dilihat diperbuat dari kaca.

Jika anda melihat demgan teliti pada minit 0:03, terdapat garisan potongan yang menempati ruang kamera boleh sembunyi. Cara sama yang ada di Oppo F11 Pro.



Gambaran OnePlus 7 oleh @OnLeaks

Seperkara lagi, OnePlus memberi tajuk video mereka sebagai, OnePlus 7 series. Bermakna, lebih dari satu model OnePlus 7 akan diperkenal.

Perkara ini selari dengan beberapa laporan yang menyatakan akan terdapat tiga model OnePlus 7. Model biasa, model Pro dan satu lagi model 5G.

Acara pelancaran OnePlus 7 akan diadakan pada 14 Mei 2019, pukul 11 pagi di New York. Ia bersamaan dengan pukul 11 malam di Kuala Lumpur. Satu lagi majlis pelancaran OnePlus 7 akan diadakan di Beijing, pada 16 Mei 2019.

Dari beberapa majlis pelancaran sebelum ini, peranti terbaru OnePlus akan tiba di Malaysia beberapa hari selepas dilancarkan. Semoga ia kekal sama untuk OnePlus 7 juga.

Tags: OnePlusOnePlus 7
Najib

Najib

POPULAR

Lebih dari satu OnePlus 7 akan dilancar pada 14 Mei

25 April 2019
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN