• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengganti Mi A2 akan datang dengan Snapdagon 730G berkuasa Elite Gaming

  • OLEH Najib
  • 12:39 pm
  • 29/04/2019
  • Komen
Mi A2 sah tiba di Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar kelas pertengahan dari Xiaomi yang terbaik buat masa ini, sudah pasti ialah Redmi Note 7. Tetapi masih terdapat Mi 9 SE yang dikurangkan kuasanya dari Mi 9. Selepas Realme melancarkan Realme 3 Pro dengan kuasa Snapdragon 710, Xiaomi khabarnya akan mengikut jejak langkah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Xiaomi India, Manu Kumar Jain telah berkongsi di twitter beliau mengenai model baru Xiaomi yang akan dikuasakan pemproses Snapdragon 7xx. Beliau menambah, pemproses tersebut baru sahaja dilancarkan dua minggu lepas. Sudah pasti, ia merujuk kepada Snapdragon 730/730G yang baru diumumkan dengan Galaxy A80 menjadi peranti pertama menggunakannya.



Great meeting Rajen @rajen_vagadia & Kedar from #Qualcomm.@Xiaomi & @Qualcomm have always worked together to bring the latest & the best!

Breaking news: A new #Xiaomi phone with latest #Snapdragon 7_ _ (announced just 2 weeks ago) is coming to India very soon!

Any guesses? 😎 pic.twitter.com/TnrnTOr4PI

— Manu Kumar Jain (@manukumarjain) April 26, 2019

Dalam satu laporan lain, GSMArena menjangka telefon pintar yang baru dari Xiaomi ini adalah pengganti kepada Mi A3 yang menjalankan AndroidOne. Ia amat bersesuaian memandangkan Mi A2 dengan kuasa Snapdragon 660 telah sekian lama di pasaran dan memerlukan pengganti.

Snapdragon 730G adalah pemproses yang terbaik selepas Snapdragon 855. Ia dibina berasaskan proses 8nm yang leih cekap tenaga dan menggunakan teras Qualcomm Kryo 470 dengan kelajuan sehingga 2.2GHz. Tambahan lagi, ia dipasang dengan cip grafik Adreno 618 dengan fungsi Snapdragon Elite Gaming yang dikatakan 15% prestasi grafik lebih baik berbanding cip Snapdragon 730 biasa.



Masalah terbesar Mi A2 ialah kapasiti bateri yang amat kecil, hanya 3,000mAh dan ia memberi waktu hidup yang amat singkat. Harapnya Mi A3 nanti dibekalkan bateri lebih 4,000mAh memandangkan ia sudah menjadi kebiasaan di telefon pintar masakini.

[Sumber: GSMArena]

Tags: Mi A3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi A2 sah tiba di Malaysia minggu ini

Pengganti Mi A2 akan datang dengan Snapdagon 730G berkuasa Elite Gaming

29 April 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER