• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi akan perkenal telefon dengan kamera tersembul keluar

  • OLEH Najib
  • 3:30 pm
  • 30/04/2019
  • Komen
Redmi akan perkenal telefon dengan kamera tersembul keluar
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi, jenama di bawah Xiaomi yang kini bergerak sendiri telah berkongsi satu video petunjuk menerusi laman weibo mereka. Video tersebut menggabungkan beberapa telefon pintar keluaran mereka bersama filem Avengers: Endgame yang sedang hangat di pawagam sekarang.

Antara telefon pintar yang terdapat di dalam video tersebut ialah Redmi 7, Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro. Tetapi menjelang ke hujung video, sebuah telefon muncul dengan modul kamera terkeluar dari dalam badan. Modul kamera terkeluar ini sama seperti yang digunakanOPPO F11 Pro dan Vivo V15 Pro.



Menurut video itu lagi, walaupun filem Avengers: Endgame telah ditayangkan, masih ada bintang yang belum tampil, merujuk kepada telefon pintar tersebut.

Video ini tidak memperkatakan perkara lain tetapi dikhabarkan ia adalah telefon pintar kelas flagship. Ia akan dikuasakan cip terbaik Snapdragon 855 bersama RAM sehingga 8GB dan storan 128GB.



Skrinnya seluas 6.39-inci HD Penuh+, serta memiliki tiga kamera belakang gabungan kamera 48MP + 8MP +13MP.

[Sumber: weibo, GSMArena]

Tags: Redmixiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi akan perkenal telefon dengan kamera tersembul keluar

Redmi akan perkenal telefon dengan kamera tersembul keluar

30 April 2019
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN