Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Asus Zenfone 6 akan hadir tanpa notch dan bezel

Terbaru, Asus telah melancarkan kempen untuk telefon pintar Zenfone 6, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei 2019 semasa acara khas di Valencia, Sepanyol.

Dengan mengetengahkan tag linedefy ordinary“, telefon pintar tersebut sudah pasti menarik minat ramai apabila pihak Asus sendiri berkongsi teaser kempen tersebut menerusi akaun Twitter rasmi mereka semalam.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh pihak Asus sendiri, ianya jelas menunjukkan telefon pintar tersebut hadir dengan rekaan tanpa notch dan skrinnya pula seolah-olah tanpa bezel.

Rekaan tersebut juga mungkin akan hadir dengan rekaan kamera hadapan yang timbul.

Namun tidak mustahil juga jika rekaan telefon pintar tersebut mempunyai rekaan gelongsor yang semakin diterima ramai oleh pengeluar telefon pintar yang lain.

Menurut AnTuTu, telefon pintar itu akan mempunyai skrin beresolusi HD+ penuh, 6GB RAM, dan memori dalaman sebanyak 128GB.

Ianya juga hadir dengan Qualcomm Snapdragon 855 SoC. Telefon ini juga turut menjalankan Android 9 Pie sebagai sistem operasinya.

Namun jika dilihat pada tagline yang diberikan oleh Asus sendiri yang bermaksud luar biasa, apakah yang menjadi ukuran luar biasa tersebut?

Jika dilihat pada rekaan Asus Zenfone 5 yang dilancarkan pada Mei tahun lepas, sudah pasti terdapat beberapa perubahan yang ketara.

Seperti contoh Zenfone 5 mempunyai rekaan notch manakala Zenfone 6 pula dilihat sebaliknya.

Selain itu, Zenfone 5 mempunyai memori dalaman 64GB, manakala Zenfone 6 pula mungkin dinaik-taraf dengan mempunyai 128GB sebagai memori dalamannya.

Sumber: GSM Arena

BACA  Telefon gaming Asus ROG Phone 3 akan dilancar di Malaysia pada awal September