fbpx

Google Maps akan hadir dengan ciri penghapus jejak seperti Chrome & Youtube

Seperti yang umum ketahui, incognito mode sudah pun wujud bersama Google Chrome sejak dahulu lagi. Malah ciri tersebut seringkali digunakan oleh orang ramai.

Fungsi Incognito Mode itu sendiri membenarkan si pengguna melayari internet seperti mencari dan melihat apa sahaja yang mereka mahu tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Bukan itu sahaja, ciri tersebut juga telah pun diguna pakai pada aplikasi Youtube sejak beberapa bulan lalu. Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai mengumumkan bahawa Incognito Mode bakal diwujudkan pada aplikasi Google Maps pula.

Berfungsi sama seperti pada Google Chrome, Incognito Mode pada Google Maps juga tidak akan meninggalkan sebarang rekod apabila navigasi dan tempat yang dicari oleh pengguna tidak akan dipautkan ke akaun mereka.

Walaubagaimana pun, tiada sebarang tarikh yang tepat diumumkan mengenai kehadiran ciri baru itu pada Google Maps.

Sumber: Android Police

BACA  Realme 5 dan Realme 5 Pro perbaiki kelemahan model sebelumnya