• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO Reno akan datang ke Malaysia pada Hari Guru

  • OLEH Najib
  • 11:34 am
  • 09/05/2019
  • Komen
OPPO Reno akan datang ke Malaysia pada Hari Guru
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar terbaru dari Oppo, Reno kini disahkan akan dilancarkan di Malaysia minggu depan. Telefon pintar dengan modul kamera unik ala sirip jerung ini memiliki kamera berkeupayaan 10x zum lossless, seperti di Huawei P30 Pro.

Oppo Malaysia telah menghantar jemputan media ke majlis eksklusif bertemu Reno di Malaysia pada 16 Mei 2019, tarikh yang sama Hari Guru disambut. Selain berkenalan lebih rapat dengan Reno, dijangka harga jualannya akan diumumkan dalam majlis yang sama.



Reno merupakan siri telefon pintar serba baru dari Oppo. Ia datang dalam dua versi, edisi standard dan Edisi 10x zum yang menggunakan kamera periskop.

Oppo Reno edisi 10x zum diperkasa pemproses kelas flagship, Snapdragon 855 bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Ia memiliki skrin AMOLED 6.6-inci beresolusi HD Penuh+, tanpa takuk. Kamera hadapannya disembunyikan di dalam modul yang boleh dikeluarkan seperti sirip jerung.



Untuk kamera hadapan, ia dibekalkan kamera 16MP F2.0. Manakala kamera belakang dalam tiga gandingan, kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera telefoto periskop 13MP F3.0. Oppo menyatakan, mereka akan menyediakan kemaskini yang membolehkan zum digital sehingga 60x, berbanding hanya 20x sekarang.

Oppo Reno 10x (kiri) dan Oppo Reno Standard

Bateri di dalam Oppo Reno 10x sebesar 4,065mAh dan ia menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 melalui port USB-C. Di China, Oppo Reno dijual dengan harga berikut:

Oppo Reno 
RAM 6GB + storan 128GB – RMB2,999 (~RM1,838)
RAM 6GB + storan 256GB – RMB3,299 (~RM2,022)
RAM 8GB + storan 256GB – RMB3,599 (~RM2,206)

Oppo Reno 10X zoom
RAM 6GB + storan 128GB – RMB3,999 (~RM2,452)
RAM 6GB + storan 256GB – RMB4,499 (~RM2,578)
RAM 8GB + storan 256GB – RMB4,799 (~RM2,942)

Nantikan maklumat lanjut terutama mengenai harga dan tarikh jualannya pada 16 Mei kelak. Dengan keupayaan 10x zum lossless dan 60x zum digital, Oppo Reno adalah pesaing ketat kepada Huawei P30 Pro. Harapnya dengan harga yang lebih murah.

Tags: oppoOppo Reno
Najib

Najib

POPULAR

OPPO Reno akan datang ke Malaysia pada Hari Guru

OPPO Reno akan datang ke Malaysia pada Hari Guru

9 May 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER