• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Versi Mudah Alih Apex Legends Kini Sedang Dibangunkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:05 am
  • 09/05/2019
  • Komen
Versi Mudah Alih Apex Legends Kini Sedang Dibangunkan
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mengekalkan momentum kepopularan Apex Legends, Electronics Arts (EA) mengesahkan yang mereka akan membawakan hits terbaru mereka, Apex Legends ke platform mudah alih. Maklumat itu dikongsikan semasa pembentangan perolehan syarikat itu bersama pelabur mereka beberapa hari yang lalu.

Electronic Arts is bringing Apex Legends to mobile phones in the near future. https://t.co/x10SleyFCC pic.twitter.com/ow4ukyTgQd

— Game Informer (@gameinformer) May 7, 2019

Ia adalah langkah yang biasa. Jika anda lihat, permaintan seperti Fortnite dan PlayerUnknown’s Battlegrounds turut memanfaatkan demografi mudah alih sebagai cara mengekalkan kerelevenan permainan mereka.



Selain platform mudah alih, EA juga meninjau pasaran China, pasaran permainan digital terbesar dunia sebagai strategi memperluas khalayak.

Walau bagaimanapun, bagaimanakah implementasi Apex Legends di platform mudah alih tidak pula disahkan pembangunnya. Misalnya, Fortnite memanfaatkan ciri cross-play yang membolehkan pertempuran merentasi platform (PC, Nintendo Switch, PS4, Xbox, iOS, dan Android) dijalankan.



Untuk PUBG pula, pendekatan mereka adalah melalui pembangunan PUBG khas yang boleh dijalankan oleh sistem yang tidak sekuat sebuah PC.

Adakah anda berharap Apex Legends menyokong cross-play?

Sumber: Gameinformer

Tags: apex legendsegames
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Versi Mudah Alih Apex Legends Kini Sedang Dibangunkan

Versi Mudah Alih Apex Legends Kini Sedang Dibangunkan

9 May 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN