Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Canon Lancar Lensa RF 85mm F1.2L Untuk Penagih Bokeh

Kamera dari keluarga Canon R menggunakan kaki lensa RF yang baru. Terdapat hanya sejumlah lensa yang menggunakan format itu buat masa ini dan ia telahpun menerima ahlinya yang kelima, RF 85mm F1.2L

Lensa terbaru ini hadir membawakan satu teknologi baru daripada Canon. Digelar sebagai teknologi Blue Spectrum Refractive Optics (BR Optics), ia dikatakan akan mengurangkan kesan chromatic abberation dengan berkesan, lebih-lebih lagi untuk lensa berapertur luas.

Pada segi kelengkapan optik, lensa ini mengandungi 13 elemen yang dihimpunkan dalam 9 kumpulan. Selain teknologi BR Optics, Canon juga menyertakan teknologi Air Sphere Coasting (ASC) yang akan meminimumkan suar lensa dan ghosting.

Sampel dari lensa RF85mm F1.2L

Untuk ciri-ciri fotografi, lensa ini miliki bukaan apertur antara F1.2 hingga F16. Ia memfokus objek pada jarak skurang-kurangnya 85cm dan miliki saiz filter berdiameter 82mm. Seperti lensa RF yang lain, unit unit turut memiliki gegelang pengawal yang boleh diprogramkan.

Spesifikasi Teknikal Canon RF 85mm F1.2L

Jarak Fokal85mm
Bukaan AperturF1.2 - F1.6
Saiz Sensor SepadanFull Frame
FOV28° 30'
Jarak Fokus Minimum85mm
OISTiada
Saiz Filter82mm
Berat1196.3g

Canon RF 85mm F1.2L akan mula dijual bermula Jun 2019 pada harga USD 2,699 (RM 11,216).

BACA  Google pancing Samsung untuk tinggalkan Bixby dan Galaxy App Store