Asus telah pun menggambarkan pelancaran flagship terbaru mereka, ZenFone 6 sejak MWC 2019 yang lalu. Selepas itu ada beberapa maklumat berkaitannya terbocor di Internet di melalui tweet terbaru Asus ini, mereka mendedahkan beberapa ciri penting yang akan hadir pada ZenFone 6.
Keep the essentials. Come and join the livestream on May 16 2019 at 20:00 (CEST). #ZenFone6 #DefyOrdinary
— ASUS (@ASUS) May 8, 2019
Learn more: https://t.co/y3fiATPH71 pic.twitter.com/fJXefTldNV
Selain diperkasa SoC flagship 2019, Snapdragon 855, telefon ini juga akan mengekalkan jek headfon yang boleh kita lihat pada ZenFone 5z tempoh hari. Lebih menarik, ia akan diberikan slot kad mikro-SD khas yang bermakna telefon ini akan ada trislot untuk anda gunakan 2 kad SIM serentak bila anda ingin luaskan storan telefon.
Kemudian, anda dapat lihat smart key di sebelah kanan telefon yang mencadangkan akan ada butang untuk menyeru pembantu digital Google Assistant.
View this post on InstagramA post shared by Marcel Campos (@marcelcampos) on
Selain maklumat ini, Ketua Operasi Pemasaran Global Asus, Marcel Campos juga berkongsi satu rahsia di Instagram beliau. Di dalam status instagram tersebut, beliau menulis satu kod morse.
.-.. .. –. ..- . .–. .- .-. .- —.. ….. ….. -….- ….- —.. .—- …– -….- ….. —– —– —– . ..-. .- .-.. . -.-. — — … – . .–. …. .- -. .–. .- -. – — .-.. — — . ..- . -.. ..- .- .-. -.. — -.-. .- — .–. — … … .. .-.. …- .-
Apabila diterjemahkan, ia akan menjadi sebuah ayat di dalam bahasa Portugis bermaksud:
LIGUEPARA 855-4813-5000 EFALECOMSTEPHANPANTOLOMEUEDUARDOCAMPOSSILVA
Nombor yang terdapat di dalam ayat tersebut dipercayai merupakan petunjuk tentang apa yang akan terdapat pada Zenfone 6. Dipercayai, nombor 855 merujuk kepada pemproses Snapdraogn 855. Manakala 4813 pula ialah dwi-kamera belakangnya gabungan 48MP dan 13MP. 5000 pula ialah kapasiti bateri.
Maklumat-maklumat ini bolehlah dihimpunkan bersama-sama beberapa malumat lain seperti ZenFone 6 tanpa notch dan bezel serta kehadiran mekanisme boleh luncur seperti yang boleh ditemui pada Mi MIX 3.
Apa harapan anda dengan ZenFone 6?
Jangan lupa untuk tonton livestream pelancarannya pada 17 Mei 2019 pada jam 2 pagi waktu Malaysia.