• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 3 Pro menjunjung takhta peranti RM1,000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:43 pm
  • 14/05/2019
  • Komen
Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah diwar-warkan pelancarannya di Malaysia, Realme 3 Pro kini tiba di Malaysia untuk menyertai Realme 3 yang tiba terlebih dahulu. Anda berkemungkinan besar akan meminati Realme 3 Pro berdasarkan spec kelas pertengahan agak baik yang dimilikinya.

Spesifikasi Realme 3 Pro

[table “169” could not be loaded /]

Realme 3 Pro adalah sebuah telefon 6.3″ yang miliki paparan HD Penuh. Namun, hanya panel paparan LCD digunakan sebagai paparan dan ia bermakna tiada pengimbas cap jari terbina dalam paparan sebaliknya ia hadir di bahagian belakang telefon.



Di bahagian papan utama, ia diperkasa Snapdragon 710 bersama-sama pilihan RAM/storan antara 4GB/64GB ataupun 6GB/128GB. Uniknya produk ini adalah ia masih menyertakan slot khas untuk meletakkan kad mikro-SD untuk digunakan bersama-sama dua kad SIM yang lain.

Di bahagian pengimejan, ia hadir dengan konfigurasi dwikamera belakang dengan kombinasi kamera 16MP + 5MP. Kamera sekundernya hanya digunakan untuk simulasi bokeh.



Gambar swafoto pula diambil menggunakan kamera 25MP.

Satu lagi kunci pelaris Relame 3 Pro sudah tentu pada bahagian baterinya. Ia ada sekeping bateri berkapasiti 4,050mAh dengan kemampuan cas pantas 20W menggunakan teknologi VOOC 3.0.

Sekiranya anda berminat untuk miliki sebuah Realme 3 Pro, harga setiap variannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • RAM 4GB + storan 64GB – RM899
  • RAM 6GB + storan 128GB – RM1,099

Realme 3 Pro akan mula dijual secara eksklusif lebih awal di Lazada, pada 15 Mei 2019 jam 10 pagi. Hadiah percuma berupa kipas mudah alih diberikan untuk pembeli terawal di Lazada . Selepas itu, ia akan dijual di seluruh Malaysia bermula 18 Mei 2019.

Tags: Realmerealme 3Realme 3 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange

Realme 3 Pro menjunjung takhta peranti RM1,000

14 May 2019
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER