• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno ditawarkan dengan storan besar 256GB dan jaminan 2-tahun

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 16/05/2019
  • Komen
Oppo Reno ditawarkan dengan storan besar 256GB dan jaminan 2-tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Oppo Reno diperkenalkan ke Malaysia. Ia akan mula dijual bermula 28 Mei tetapi tempahan awal dibuka bermula esok.

Oppo Reno diumumkan berharga RM1,999 di Malaysia dan ia datang bersama RAM 6GB dan storan 256GB. Ia adalah peranti dengan storan 256GB paling murah semasa dilancarkan.



Tempahan awal untuk Oppo Reno dibuka dari 17 Mei sehingga 27 Mei. Hadiah bernilai RM437 diberi bersama tempahan awal, berupa casing bateri (RM199), jaminan tambahan tahun kedua (RM119 dan jaminan perlindungan skrin (RM119).

Kepada yang berminat, boleh membuat tempahan awal di Stor Konsep Oppo, pengedar sah Oppo, Stor Online Oppo, serta stor Oppo di Lazada dan Shopee.



Oppo Reno ialah siri telefon serba baru dari Oppo. Ia menampilkan telefon pintar dari kelas pertengahan premium, sehingga kelas flagship.

Untuk Oppo Reno yang diperkenalkan ini, ia memiliki kuasa dalaman Snapdragon 710, bersama RAM 6GB dan storan dalaman mega 256GB. Baterinya 3,765mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 melalui USB-C.

Skrinnya dari jenis OLED seluas 6.4-inci, tidak memiliki sebarang takuk atau lubang. Ia juga menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin Unlock 2.0 yang mengesan lebih tepat dan jitu.

Kamera hadapan Reno tersorok di belakang skrin, dalam modul berbentuk sirip jerung. Ia menggunakan sensor 16MP F2.0 dan memiliki sistem keselamatan yang menyimpan modul apabila mengesan telefon terjatuh.

Kamera belakang Reno pula dwi-lensa, menggabungkan kamera utama 48MP F1.7 dan kamera 5MP F2.4 pengesan kedalaman.

Oppo Reno ditawarkan dalam dua warna pilihan, Ocean Green dan Jet Black. Ia menampilkan kemasan matte di bawah lapisan kaca untuk rupa unik dan astetik.

Jika anda menantikan Oppo Reno 10x Zoom, ia akan dilancarkan di Malaysia di kemudian hari, pada 27 Mei 2019. Pastinya ia sesuatu yang hebat sehingga Oppo Malaysia sanggup mengadakan majlis pelancaran khusus yang lebih besar untuknya.

Tags: oppoOppo Reno
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Oppo Reno ditawarkan dengan storan besar 256GB dan jaminan 2-tahun

Oppo Reno ditawarkan dengan storan besar 256GB dan jaminan 2-tahun

16 May 2019
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN