fbpx

Pesaing Xiaomi Mi Band 3 Dari Samsung Diumumkan

Keluarga peranti kecergasan Samsung, Fit, hari ini menerima ahli baru di Sepanyol apabila di laman rasmi Samsung, Galaxy Fit-e telah disenaraikan untuk dijual. Ia adalah gelang kecergasan mirip Xiaomi Mi Band 3.

Walaupun miliki spesifikasi hampir serupa, ia masih gagal menandingi harga Xiaomi Mi Band 3 yang boleh anda beli pada harga kurang daripada RM100. Di laman rasmi Samsung, Fit-e diletakkan pada harga EUR39 (RM182).

Di helaian specs, satu-satunya kelebihan Fit-e berbanding Mi Band 3 adalah ia diperkasa Bluetooth 5 LE berbanding Bluetooth 4.2 LE pada pesaingnya. Ia mungkin diterjemahkan kepada penjimatan bateri yang lebih baik.

Sensor yang akan merekodkan aktiviti harian anda adalah seperti pengesan denyut nadi dan akselerometer. Ia akan menyalurkan data kepada APP S-Health yang boleh dipasang di telefon anda.

Maklumat yang sama turut boleh dirujuk di paparan OLED monokromnya yang miliki resolusi 128 x 64.

Masih tidak diketahui bilakan produk ini akan tiba di Malaysia. Tapi sebelum itu, apakah pendapat anda tentang Galaxy Fit-e?

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Galaxy S8 selamatkan nyawa 20 penumpang bot terbalik di tengah lautan