• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Google Terpaksa Putuskan Hubungan Dengan Huawei, Tiada Lagi Android Untuk Produk China Itu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:09 am
  • 20/05/2019
  • Komen
Amerika hasut sekutu berhenti guna produk Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Kemaskini 20190520: Jurucakap Google memberitahu kami, Google mengikut arahan kerajaan AS dan sedang mengkaji kesannya. Untuk pengguna perkhidmatan seperti Google Play dan perlindungan Goofle Play Protect, ia akan terus berfungsi di peranti Huawei sedia ada.

Ini adalah detik bersejarah dalam ketamadunan moden. Amerika Syarikat memutuskan untuk mengharamkan pengaliran keluar produk daripada mereka kepada pihak Huawei. Hal ini menjadikan Huawei Technologies Co. Ltd. akan kehilangan akses kepada sokongan sistem operasi Android dari Google.



P30 adalah flagship Huawei setakat 2019 ini

Walau bagaimanapun, menurut pihak Huawei, mereka sudah lama bersedia dan menjangkakan perkara ini akan berlaku kerana sudahpun mengambil langkah pembendungan sejak enam tahun yang lalu. Misalnya, mereka sudahpun berhijrah daripada SoC Snapdragon ke HiSilicon untuk memperkasa telefon keluaran mereka.

Satu-satunya telefon yang diiklankan miliki 50x zum

Langkah yang serupa juga diambil di bahagian perisian. Mujurlah sistem operasi Android bukanlah proprietari 100 peratus sebaliknya kerangka utamanya adalah sumber terbuka dan Huawei masih miliki akses kepadanya.



Jadi segala pembangunan EMUI selepas ini akan jadi hasil tangan pasukan di China sepenuhnya.

Apa kesannya kepada pengguna Malaysia?

Contoh yang sudah ada sekarang adalah Xiaomi. Telefon mereka yang dikhsakan untuk pasaran China tidak memiliki sebarang servis Android. Itulah juga yang bakal berlaku kepada produk Huawei, bezanya adalah bukan setakat produk Huawei untuk China, tapi ia meliputi edarannya di seluruh dunia.

Jadi, telefon Huawei/Honor yang anda miliki sekarang mungkin tidak lagi akan menerima kemas kini tampalan keselamatan ataupun untuk produk yang akan datang, tidak lagi hadir denga Google Play Store terpasang, sebaliknya kita perlu sideload-kannya secara manual.

Tapi jangan risau, pelancaran Honor 20 yang dijadualkan berlangsung di London tetap berjalan seperti biasa dan Najib kini berada di sana untuk lakukan liputan secara langsung.

Sumber: Android Authority

Tags: androidHuawei
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Amerika hasut sekutu berhenti guna produk Huawei

Google Terpaksa Putuskan Hubungan Dengan Huawei, Tiada Lagi Android Untuk Produk China Itu

20 May 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN