• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

OnePlus 3 dan 3T terima kemas kini Android 9 Pie

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 2:57 pm
  • 23/05/2019
  • Komen
OnePlus 3 dan 3T terima kemas kini Android 9 Pie
Share on FacebookShare on Twitter

Jarang sekali berlaku bagi sesebuah telefon pintar yang dikeluarkan pada tiga tahun lalu menerima kemas kini sistem operasi terkini.

Namun, OnePlus mengumumkan bahawa OnePlus 3 dan 3T yang pertama kali diperkenalkan pada Jun 2016, bakal menerima kemas kini sistem operasi Android 9 Pie.



OxygenOS 9.0.2 yang berdasarkan Android 9 Pie, kini disokong oleh OnePlus 3 dan OnePlus 3T. Berikut adalah changelog penuh dari forum syarikat tersebut:

  • Tambah baik sistem
    • Sistem yang dikemaskini kepada Android 9 Pie
    • Antara muka terbaru untuk Android 9 Pie
    • Security Patch yang dikemaskini kepada 2019.4
  • Mod jangan ganggu
    • Pengguna kini boleh menyesuaikan julat masa dalam mod jangan ganggu terbaru
  • Mod permainan 3.0 baru
    • Pemberitahuan tambahan untuk panggilan pihak ke-3
  • Fungsi telefon
    • Dialer kini menyokong Google Duo
  • Kamera
    • Menyokong Google Lens untuk memberi pengalaman pengecaman imej yang kuat
  • Sistem
    • Pembetulan pepijat am dan penambah baikan.

Kemas kini tersebut dilancarkan secara berperingkat dan hanya beberapa pengguna sahaja yang boleh mengemas kini sistem operasi mereka sebelum ia dilancarkan secara meluas.



Menurut OnePlus, menggunakan VPN untuk memuat turun sistem operasi terbaru itu mungkin tidak akan berfungsi kerana pelancaran itu tidak berdasarkan sesebuah kawasan.

OnePlus juga mengucapkan terima kasih atas maklum balas dari pengguna OnePlus 3 dan 3T. Bukan itu sahaja, pengguna juga turut digalakkan untuk terus memberi maklum balas menerusi forum pelaporan pepijat di sini: https://forums.oneplus.net/feedback/

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi OnePlus.

Sumber: Forum OnePlus

Tags: Android 9Android PieOnePlusOnePlus 3T
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
OnePlus 3 dan 3T terima kemas kini Android 9 Pie

OnePlus 3 dan 3T terima kemas kini Android 9 Pie

23 May 2019
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN