• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Syarikat Jepun sertai langkah henti kerjasama dengan Huawei

  • OLEH Najib
  • 10:41 am
  • 24/05/2019
  • Komen
Syarikat Jepun sertai langkah henti kerjasama dengan Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Larangan kerjasama dengan Huawei yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah membuatkan banyak syarikat dari AS mengumumkan pemberhentian perdagangan dengan syarikat China tersebut. Selepas itu, beberapa syarikat di luar AS seperti ARM yang berpengkalan di Britain, turut mengambil langkah sama hanya kerana mereka juga memiliki beberapa teknologi yang berasal dari AS.

Terkini, Panasonic yang beribu pejabat di Jepun pula menyatakan hasrat mereka untuk berhenti berurus niaga dengan Huawei. Perkara ini diumumkan menerusi memo dalaman yang diedarkan kepada pekerja di mana Panasonic harus menghentikan transaksi mereka dengan Huawei dan 68 syarikat berkaitan yang dilarang oleh kerajaan AS.



Bagaimanapun, terdapat kekeliruan dalam notis memo tersebut. Panasonic menjelaskan kepada BBC, mana-mana operasi perniagaan yang tidak terlibat dalam larangan undang-undang AS, akan terus berurusan dengan Huawei seperti biasa. Panasonic akan terus mematuhi undang-undang dan peraturan di mana-mana negara urusniaga dilakukan.

Sedikit sebanyak ini melegakan pasaran di luar AS kerana urusniaga masih boleh dijalankan seperti biasa. Tetapi ia masih tidak boleh memberi waktu rehat kepada Huawei.



Ini kerana langkah AS masih memberi kesan tidak langsung kepada Huawei. Di Jepun sendiri, syarikat telekomunikasi Softbank dan KDDI, kedua-duanya mengumumkan tidak akan menjual telefon pintar Huawei buat masa ini.

Di Malaysia, masih belum ada syarikat mengumumkan pemberhentian perdagangan dengan Huawei. Huawei merupakan salah satu penyedia penyelesaian rangkaian 5G utama di Malaysia. Selain itu, telefon pintar Huawei juga sangat diminati oleh ramai pengguna di Malaysia.

Buat masa ini, pengguna Huawei tidak perlu bimbang dengan larangan ini yang mungkin memberi kesan kepada peranti Android. Ini kerana AS memberi kelonggaran selama 90 hari kepada syarikat berkaitan untuk menyelesaikan urusniaga mereka dengan Huawei.

Sumber: BBC

Tags: amerika syarikatdonald trumpHuaweipanasonic
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Syarikat Jepun sertai langkah henti kerjasama dengan Huawei

Syarikat Jepun sertai langkah henti kerjasama dengan Huawei

24 May 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN