• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nova 4 turun harga dan datang dengan jam kecergasan percuma

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 29/05/2019
  • Komen
Telefon Dengan Notch Terapung nova 4 Dilancarkan Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Huawei Nova 4 telah dilancarkan di Malaysia awal tahun ini dengan harga RM1,899. Peranti yang dikuasakan cip Kirin 970 ini kini diturunkan harga secara rasmi oleh Huawei Malaysia.

Huawei Nova 4 kini boleh dibeli RM200 lebih murah, dengan harga baru ditetapkan pada RM1,699. Ia boleh menjadi salah satu pilihan telefon baru untuk digayakan semasa Hari Raya kelak, dengan dua warna pilihan iaitu hitam dan biru.



Lebih menarik lagi untuk Hari Raya, Huawei menawarkan jam kecergasan Huawei Band 3 bernilai RM239 secara percuma untuk pembelian Nova 4. Ia diberikan untuk pembelian dari 27 Mei hingga 4 Jun 2019 sahaja. Selain itu, semua pembeli Nova 4 juga menerima kad VIP yang memberi ganjaran bernilai lebih RM1,000.

Nova 4 ialah telefon pintar pertama Huawei dengan skrin berlubang, untuk menempatkan kamera hadapan 25MP. Skrin ini berukuran 6.4-inci dengan resolusi HD Penuh+.



Nova 4 masih menggunakan cip Kirin 970, bukannya cip terbaru Kirin 980 seperti yang terdapat di Mate 20. Bagaimanapun, RAM-nya ditambah besar ke 8GB dengan storan dalaman kekal 128GB.

Kamera pula tiga lensa di belakang, iaitu gabungan lensa utama 20MP, lensa ultra lebar 16MP dan lensa pengesan kedalaman 2MP.

Bateri sebesar 3,750mAh dipasang di dalam Nova 4, yang dicas menggunakan pengecas pantas 9V2A melalui port USB-C. Ia masih ada jek audio 3.5mm tetapi tiada slot kad mikroSD.

Tags: Huaweihuawei nova 4
Najib

Najib

POPULAR

Telefon Dengan Notch Terapung nova 4 Dilancarkan Di Malaysia

Nova 4 turun harga dan datang dengan jam kecergasan percuma

29 May 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER