Ganjaran lebih RM1000 menanti pemilik Huawei Nova 4

Huawei Nova 4 yang telah dilancarkan awal bulan ini, akan mula dijual di Malaysia pada 14 Februari 2019. Berita baik untuk bakal pemilik Nova 4, mereka akan menerima ganjaran bernilai lebih RM1,000 menerusi aplikasi Huawei VIP.

Perkara ini meneruskan tradisi Huawei yang menyediakan banyak ganjaran untuk pembelian telefon pintar keluaran mereka. Untuk menikmati ganjaran ini, pengguna Nova 4 perlu menuruti 4 langkah ini:

  1. Muat turun aplikasi Huawei VIP di Google Playstore
  2. Beri kebenaran kepada aplikasi tersebut untuk membaca nombor IMEI
  3. Daftar maklumat peribadi anda
  4. Nikmati ganjaran yang disediakan oleh rakan niaga Huawei

Senarai beberapa rakan niaga Huawei yang terlibat beserta ganjaran mereka adalah seperti di bawah ini:

Jenama Ganjaran
Watsons
  • Diskaun RM10 dengan belanja minimum RM80 di aplikasi Watson Mobile Malaysia sahaja (Terhad kepada 500 pengguna pertama sahaja)
HappyFresh
  • Pengguna baru HappyFresh terima diskaun RM12 dengan belanja minimum RM80
  • Pengguna sedia ada HappyFresh terima diskaun RM15 dengan belanja minimum RM120.
ZALORA
  • Diskaun 20% dengan belanja minimum RM150
Sunway Pyramid Ice
  • Diskaun 20% untuk tiket masuk
KKBox
  • Eksklusif premium selama 3 bulan bernilai RM40 untuk 10,000 penebus VIP terawal
Sunway Lost World of Tambun
  • Diskaun 35% untuk tiket masuk ke Sunway Lost World of Tambun (Promosi tidak sah semasa cuti umum Malaysia, Perak & cuti sekolah)
Sunway Lagoon
  • Diskaun sehingga 37% untuk tiket masuk ke Sunway Lagoon (Promosi tidak sah semasa cuti umum & cuti sekolah)
TeaLive
  • Diskaun 20% untuk semua minuman
Celebrity Fitness
  • 7 hari percubaan percuma keahlian gym
  • Eksklusif kadar pelajar
  • Percuma konsultasi oleh Pelatih Peribadi
Benefit
  • Diskaun RM14 untuk Brow + Lip wax (harga asal RM77) di cawangan KLCC dan Starhill Gallery
Caffeinees
  • Nikmati diskaun 15% untuk makanan & minuman ala carte
  • Beli mana-mana 10 mug promosi dan dapatkan set Kepak Ayam Goreng percuma
Sports Direct
  • Nikmati diskaun tambahan 20% (Laman web Sports Direct Website atau di Aplikasi)
Escape Room
  • Diskaun 10% untuk bayaran masuk
JD Sports
  • Promosi Online (akan datang)
New Era
  • Promosi Online (akan datang)
MYBestBox
  • Diskaun 10% untuk bayaran masuk
Anne Klein / Aigner / Carl von Zeytan / French Connection UK / Kapten and son / Kenneth Cole / Moliabal / Nixon / Police / Sara Miller / Ted Baker / Timex
  • Diskaun 20% dari harga biasa
BACA  Beli 1 percuma 1 pas unifi mobile kembali lagi

Lebih banyak maklumat terkini akan diberikan menerusi laman Facebook Huawei Malaysia.

Telefon pintar Nova 4 akan mula dijual di Malaysia pada 14 Februari 2019, dalam dua warna pilihan, Biru dan Hitam. Ia akan dijual pada harga RM1,899 di semua Stor Huawei Experience, pengedar sah dan syarikat telekomunikasi di seluruh Malaysia.

Tarikan utama Huawei Nova 4 ialah skrin nirbingkai berlubang yang pertama kali digunakan oleh Huawei di peranti keluarannya. Skrin ini berukuran 6.4-inci HD Penuh+ (2310×1080), dengan bingkai sedikit tebal di dagu.

Walaupun ia model yang baru, Huawei masih menggunakan cip Kirin 970 pada Nova 4, bukannya cip terbaru Kirin 980 seperti yang terdapat di Mate 20. Bagaimanapun, RAM-nya ditambah besar ke 8GB dengan storan dalaman kekal 128GB.

Bagi kamera, Nova 4 kini dilengkapi tiga lensa kamera belakang, dan satu lensa kamera hadapan. Tiga lensa belakang ialah gabungan lensa utama 20MP, lensa ultra lebar 16MP dan lensa pengesan kedalaman 2MP F2.4. Bagi kamera hadapan, ia dipasang lensa 25MP yang terletak di dalam lubang di sudut atas skrin. Di China, Nova 4 dilancarkan dengan satu lagi versi berkamera utama 48MP.

Kuasa Nova 4 disumbang oleh bateri 3,750mAh yang dicas menggunakan pengecas pantas 9V2A, melalui port USB-C. Ia turut memiliki pengimbas capjari yang terletak di belakang, dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm untuk sambungan fon kepala berwayar.

Huawei memasang sistem operasi terbaru, EMUI 9.0.1 berasaskan Android 9.0 Pie pada Nova 4 ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Nova 4.