fbpx

Hari Servis Huawei kembali dengan tawaran kupon RM100 percuma

Seperti yang dijanjikan, Huawei akan kembali dengan kempen baik pulih dua-hari yang mensasarkan kepada pengguna sedia ada Huawei, bagi memastikan telefon pintar mereka berada dalam kondisi memuaskan. Seterusnya, ia akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu ini, iaitu pada 31 Mei dan 1 Jun 2019. Masa yang tepat untuk memastikan telefon pintar anda bersiap sedia untuk berhari raya.

Dalam kempen ini, Huawei menawarkan caj pembaikan percuma untuk membaiki telefon pintar yang sudah tamat tempoh jaminan. Bermakna, pengguna hanya membayar harga barangan yang diganti sahaja, tiada caj pembaikan.

Selain itu, Huawei turut menyediakan perkhidmatan pembersihan telefon dari kuman dan bakteria, servis memasang pelindung skrin secara percuma, serta servis menaik taraf perisian secara percuma.

Berbanding bulan lepas, Huawei telah menambah lebih banyak model telefon pintar dalam kempen ini. Senarai penuh telefon pintar yang terlibat adalah seperti berikut:

Selain itu, pengguna Huawei VIP (Siri P30, siri P20, siri Mate 20, siri Nova 4, Nova 3 & Nova 3i sahaja), berpeluang menerima baucar Stor Online Huawei bernilai RM100 secara percuma, apabila membuat penggantian sebarang perkakas di telefon pintar.

Kempen Hari Servis Huawei ini terdapat di 11 cawangan Pusat Servis Huawei iaitu:

  1. Huawei Service Centre Pavilion Elite, Kuala Lumpur.
  2. Huawei Service Centre Plaza Berjaya, Kuala Lumpur.
  3. Huawei Service Centre Sunway Pyramid, Selangor.
  4. Huawei Service Centre Air Jernih, Terengganu.
  5. Huawei Service Centre Taman Molek, Johor.
  6. Huawei Service Centre Brown Road, Penang
  7. Huawei Service Centre Ixora Hotel, Prai.
  8. Huawei Service Centre De Garden, Ipoh.
  9. Huawei Service Centre Haji Ahmad, Kuantan.
  10. Huawei Service Centre Aman Central , Alor Setar.
  11. Huawei Service Centre Taman Flora Utama, Batu Pahat.
BACA  Jadual naik taraf EMUI 9.1 untuk peranti Huawei di Malaysia

Jika anda memiliki telefon pintar Huawei yang sudah tamat tempoh jaminan dan perlu dibaiki, jangan lupa untuk berkunjung ke Pusat Servis Huawei hari ini, atau pada hari Jumaat dan Sabtu pertama setiap bulan.

Maklumat lanjut tentang kempen ini boleh dirujuk di laman web Huawei Service Day.