fbpx

10 Benda Benda Baru Yang Akan Anda Jumpa Dalam iOS 13

Apple dalam acara tahunan WWDC hari ini telah mengumumkan iOS 13 yang menampilkan sejumlah kemas kini menarik. Ia akan diedarkan di produk-produk yang menyokongnya seawal September 2019 ini.

Tapi sebelum itu, ini adalah 10 kemas kini menarik pada iOS 13 yang anda bakal temui kelak.

Dark Mode

Fungsi ini telah diperkenalkan pada macOS Mojave dan akhirnya akan tiba di telefon anda. Ia akan menjadikan persekitaran UI telefon anda jadi lebih gelap. Bukan saja ia mesra pada mata anda, ia turut menjimatkan bateri lebih-lebih lagi dengan penggunaan panel AMOLED pada iPhone.

Prestasi lebih pantas serta pengoptimuman AppStore

Sudah lumrah dengan setiap iterasi iOS, sudah tentu prestasinya akan meningkat. Tapi untuk versi 13 ini, anda boleh menjangkakan kepantasan melancarkan APP sehingga 2 kali lebih pantas serta prestasi FaceID sehingga 30 kali lebih baik.

Untuk pengoptimuman AppStora, juruteras di Apple telah mengolah semula cara pempakejan APP untuk telefon anda. Ia menjadikan saiz fail pemasangan APP lebih kecil agar lebih banyak ruang storan ada untuk simpan kenangan. APP baru akan miliki saiz pemasangan 50% lebih kecil serta fail kemas kini juga diperkecil sehingga 60%.

Fungsi penyuntingan gambar dan video yang ditambah baik

iOS yang mendatang ini turut memperkasakan sistem operasi itu untuk jadi platform pembangun kandungan. Contohnya, untuk meyunting gambar, anda akan dihidangkan dengan lebih banyak alat suntingan yang membawa gambar anda satu tahap lebih baik daripada sekarang.

Untuk video, anda boleh pusingkan video terus daripada APP foto. Seperti di foto, anda juga terima fungsi penyuntingan yang lebih banyak di video.

Galeri foto yang diperbaharui

Lambakkan foto yang diambil menggunakan telefon sering kali tertanam jauh ditimbun gambar-gambar baru. Jadi, Apple telah menambah baik iOS untuk menjadikan gambar-gambar ini tidak dilupakan.

BACA  Operasi Tambah Nilai Touch 'n Go Di Plaza Tol Dihentikan

Menggunakan pembelajaran mesin, gambar yang sama akan disembunyikan agar tidak nampak bersepah. Kemudian, bergantung kepada tarikh, lokasi, dan beberapa konteks yang lain, APP akan memberitahu tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku kepada anda.

Fungsi Portrait Lightning yang lebih baik

Fungsi Potrait Lightning pada iOS 13 akan bolehkan anda pilih kekuatan cahaya yang ingin diterapkan pada gambar. Anda juga akan menemui mode baru iaitu High-Key Mono.

Kemas kini pada AirPods dan Siri

Seperti biasa, penambahbaikkan pada Siri adalah alunan suara yang lebih semula jadi hasil daripada bantuan teknologi rangkaian neural untuk memperkasakan sistem Text to Speech (TTS) padanya. Ia boleh membaca ayat daripada e-mail, buku, dan SMS dengan lebih sempurna.

Apabila anda bersenam sambil memakai AirPods, Siri boleh membacakan notifikasi yang diterima telefon anda tanpa mengganggu aktiviti anda.

Satu lagi fungsi menarik yang bakal tiba pada telefon anda adalah perkongsian muzik. Hanya temukan telefon anda dengan telefon rakan anda dan muzik yang sedang anda dengari akan secara automatik dimainkan di telefonnya.

Fungsi leret untuk taip di keyboard

Fungsi ini sudah berkurun lamanya diperkenalkan di platform lain. Tapi untuk iOS, iterasi ke-13 adalah jawapannya. Digelar QuickPath, ciri seakan Swype ini membolehkan anda menaip dengan satu jari sahaja sambil sistem cuba mengenal pasti apa yang anda cuba taip.

Setakat ini, QuickPath menyokong bahasa Inggeris, China, Sepanyol, Jerman, Perancis, Itali, dan Portugis.

Memoji yang ditambah baik

Fungsi Memoji pertamakalinya diperkanalkan di iPhone X dan kini ia lebih baik. Anda boleh kustomasikan muka emoji anda dengan memberikannya aksesori seperti topi, cermin mata, dan sebagainya.

Lebih baik, semua kustomasi ini akan dipekkan dalam satu pakej untuk anda gunakan di APP seperti Wechat.

BACA  ASUS Zenbook Duo laptop dwi-skrin yang lebih mampu dimiliki

Font Kustom

Untuk berikan lebih fungsi kustomasi pada iOS, anda bolehmengubah jenis font yang digunakan pada UI telefon anda. Ia boleh dimuat turun di AppStora dan aktifkannya di ruangan setting iPhone anda.

Muat turun APP bersaiz besar melalui sambungan selular

Mengetahui pelan telco yang memberikan kuota yang lebih besar, malah ada yang tiada had pada hari ini, Apple kini membolehkan anda muat turun APP yang bersaiz beberapa GB terus daripada capaian 4G anda.

Sebelum ini, ia dihadkan kepada APP yang bersaiz 200MB sahaja dan APP yang lebih besar perlu dimuat turun melalui sambungan Wi-Fi.

Produk apa yang akan sokong iOS 13?

Pengguna-pengguna produk berikut boleh menjangkakan peranti mereka dikemas kini ke iOS 13. Mereka ialah:

  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE
  • iPod Touch (generasi 7)

Untuk maklumat lanjut tentang iOS 13, anda boleh layari laman rasmi produk.