• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Tidak Dibenarkan Jual ZenFone Di India

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:01 pm
  • 06/06/2019
  • Komen
Asus Tidak Dibenarkan Jual ZenFone Di India
Share on FacebookShare on Twitter

Asus baru saja melancarkan ZenFone 6 yang saya rasa adalah telefon paling sempurna pernah mereka hasilkan. Tapi, untuk menjualnya di India, mereka mungkin menghadapi satu halangan besar. Hal ini apabila mahkamah tinggi Delhi, India memutuskan yang Asus tidak dibenarkan menjual sebarang produk yang mengguna pakai nama “Zen”, “ZenFone”, ataupun frasa yang hampir serupa.

Asus ZenFone 6, flagship terbaru dengan kamera boleh putar

Ia selepas sebuah syarikat tempatan, Telecare Network India Pbt. Ltd. memfailkan saman keatas Asus berkaitan penggunaan tanda dagang itu. Telecare mendakwa mereka telah menggunakan frasa itu sejak 2008 untuk menjual pelbagai produk daripada telefon, aksesori, hinggalah tablet.



Bagi pihak Asus pula, mereka menggunakan frasa Zen hasil daripada ilham bekas CEO, Jonney Shih yang berpegang teguh kepada falsafah zen dan ingin menerapkan konsep yang sama pada produk itu.

Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah tinggi mengambil keputusan untuk menyebelahi Telecare kerana Asus hanya menggunakan frasa ZenFone sejak 2014, 6 tahun selepas Telecare.



Disebabkan itu, mahkamah mengarahkan Asus di India untuk menghentikan sebarang jualan dan pengiklanan produk-produk berkaitan bermula 8 minggu daripada 28 Mei 2019.

Tapi, Asus masih ada peluang kerana sesi mahkamah yang seterusnya adalah pada 10 Julai 2019.

Sumber: Bar & Bench, gambar pemuka

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Asus Tidak Dibenarkan Jual ZenFone Di India

Asus Tidak Dibenarkan Jual ZenFone Di India

6 June 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN