fbpx

Sehari dalam hidup seorang pekerja di Kuala Lumpur

[Pesanan ini dibawakan kepada anda oleh ASUS]

Deringan loceng berbunyi dari telefon pintarku mengejutkan aku dari mimpi aneh. Masih terasa calar di belakangku akibat dicakar makhluk asing yang cuba menjajah bumi. Tetapi sinaran sang mentari dari celah langsir mengembalikan aku ke alam realiti.

Sudah menjadi rutin aku setiap pagi. Mengemas meja yang berselerak dengan dokumen kerja dan laptop. Semuanya disurun rapi ke dalam beg kecil aku.

Satu benda yang aku pegang bila nak guna beg ini. Cari yang paling kecil dan muat-muat untuk memasukkan laptop cilik aku, ASUS Zenbook 13 dengan keluasan sehelai kertas A4. Semakin kecil beg yang digunakan, semakin kurang barang yang akan diisi ke dalamnya. Dengan itu, aku akan memilih benda yang benar-benar perlu sahaja diisi ke dalam. Seperti Marie Kondo, sisihkan saja barang yang kurang perlu tu.

Dokumen kerja, laptop Zenbook 13, power plug, powerbank 10,000mAh, tetikus, beg kecil aksesori, fon telinga Bluetooth dan juga botol air. Ini sahaja yang aku perlukan untuk bekerja seharian.

Dah selesai mengemas beg barulah rasa senang hati nak mandi. Sebelum tu, kosongkan akaun perut tu dengan melabur dulu. Dah selesai melabur, barulah gosok gigi, cuci muka dan mandi.

Badan yang basah tadi sudah ku keringkan sepenuhnya. Mengikut aturan, aku sarungkan baju singlet, seluar dalam, seluar jeans dan akhirnya baju kemeja. Rasa macam Power Rangers bila siap pakai baju nak pergi kerja ni. Berkobar-kobar semangat nak ke kantor.

Aku teguk segelas susu segar dan ambil dua keping roti putih Gardenia. Lirik lagu Gardenia berkumandang di dalam otak aku, sungguh enak dimakan begitu saja. Memang enak, cukup buat alasan perut.

BACA  Sebahagian kecil papan induk Macbook Air bermasalah, boleh diganti percuma

Berjalan kaki ke stesen LRT menjadi kebiasaan aku sejak hampir setahun yang lalu. Keputusan kerajaan memperkenalkan pas MY100 sangat menggembirakan aku. Aku berjimat hampir RM100 dengan pas pengangkutan awam tanpa had ini.

Tetapi bersesak setiap pagi di dalam LRT juga menjadi rutin harian aku. Ini sebabnya aku mahu menggunakan beg kecil, tidak mahu mengganggu pengguna LRT lain yang turut tertekan minda dan perasaan untuk memulakan hari mereka. Membeli laptop yang kecil adalah keputuan terbaik aku buat selepas membeli beg kecil ini.

Melepasi stesen LRT KLCC menjadikan gerabak separuh kosong, atau separuh penuh. Ikut mana-mana yang anda fikirkan. Ia juga membuka ruang kosong beberapa tempat duduk. Setelah membuat imbasan kawasan keliling, tiada orang tua, kelainan upaya atau ibu mengandung, barulah aku mengambil tempat duduk tersebut.

Perlahan-lahan aku keluarkan laptop Zenbook 13 dari dalam beg tadi ke atas riba. Masih ada 30 minit perjalanan aku. Rasanya boleh siap satu lagi berita yang aku baca dalam twitter tadi, berkenaan produk baru dari ASUS, iaitu powerbank laptop terkecil di dunia.

Pantas sahaja jari-jemari aku menari di atas papan kekunci laptop dan sememangnya aku berjaya menyelesaikan laporan berita tersebut sebelum tren berhenti di stesen destinasiku. Kelam kabut juga nak masukkan laptop ke dalam beg semula. Nasib baik ia kecil, jadi mudah diselitkan dalam ruangan sempit beg aku.

Setibanya di pejabat, aku membuka semula beg dan mengeluarkan laptop bersama power plug. Laptop dibuka dan bermulalah kerja secara rasmi dengan menelaah emel yang masuk, membaca dokumen yang diterima, meneliti gambar-gambar dan video-video yang dikongsi serta paling penting, menaip laporan berita.

BACA  Macbook Pro 13" baru dengan Touch Bar pun turun harga di Malaysia

Tengah hari ini aku telah ditugaskan menyertai satu temujanji bersama klien PR yang mahu berbincang di meja makan. 10 minit lagi ke pukul 1 tengah hari, aku cabut power plug dari laptop dan memasukkan hanya laptop ke dalam beg. Tak perlu bawa power plug tu sebab laptop ni boleh bertahan beberapa jam sebelum kehabisan bateri. Aku pula cuma mahu keluar maksima 3 jam.

Hanya 15 minit masa diperlukan untuk aku membuat pembentangan video kepada klien PR tentang contoh hasil kerja kami. Rata-rata mereka bersetuju dengan pembentangan aku dan akan membawanya pulang untuk dibincang di dalam pasukan mereka. Aku pulang semula ke pejabat dengan perut yang kenyang dan hati yang senang.

Jam telah melewati pukul 6 petang dan aku pun bersedia untuk pulang. Tidak aku perasan, rupa-rupanya aku lupa untuk menyambung semula power plug laptop sejak pulang ke pejabat tadi. Tetapi tahap bateri masih di 60%, jadi ia bukan satu masalah besar.

Sekarang aku harus bergegas pulang kerana temujanji makan malam pukul 8 tidak boleh lewat. Nasib baik ia tidak berapa jauh dari stesen LRT jadi kesesakan trafik tidak menjadi kerisauan.

Aku bukan yang pertama tiba di kedai mamak yang dijanjikan. Wan lebih awal tiba di sana, leka menghirup teh tarik semasa aku tiba. 10 minit kemudian, Azmi dan Ahmad pun sampai. Maka bermulalah sesi diskusi ilmiah kami, tentang filem Avengers: Endgame.

Laptop aku dibuka dan diletak di atas meja, dikelilingi capati dan maggi goreng. Satu persatu klip video dan trailer berkaitan filem Marvel terutama sekali Avengers: Endgame kami tekuni dan bahas. Perkara ini penting untuk kami syarahkan kerana esok, adalah hari kami akan menonton filem terakhir dalam siri Marvel iaitu Avengers: Endgame.

Walaupun banyak perkara tidak dapat kami persetujui, kami sependapat untuk sama-sama menontonnya esok dan menerima apa jua pengakhirannya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, kami bersalaman bertepuk tampar tangan dan pulang menuju ke rumah masing-masing.

BACA  ASUS ROG Phone 2 akan dikuasakan Snapdragon 855+ yang lebih perkasa

Selesai mandi dan membersihkan diri, ada satu perkara lagi perlu aku lakukan sebelum mula melelapkan mata. Aku dah berjanji dengan diri sendiri, hanya satu sahaja sebelum tidur. Hanya satu.

Sambil meniarap menghimpap bantal, laptop aku sekali lagi dibuka dan dihala ke laman Netflix. Aku kini di episod 8 siri Ultraman terbaru. Seperti sebelum ini, aku akan menonton hanya satu episod sebelum tidur. Tetapi sayang, belum sempat tamat episod tersebut aku sudah pun hanyut dibuai mimpi ke planet M78.

Dalam mimpi tersebut, aku menaiki pesawat angkasa menuju ke planet kelahiran Ultraman bersama rakan seperjuanganku iaitu Wan, Azmi dan Ahmad. Tak dilupakan juga, beg kecil aku bersama laptop ASUS Zenbook 13 di dalamnya. Begitu banyak jasanya dalam hidup dan kerjayaku.

Perkara paling menarik minat aku dengan laptop ASUS Zenbook 13 ini ialah saiznya yang amat kecil, hanya seluas kertas A4 tetapi dengan skrin sebesar 13-inci. Ia juga diperkasa grafik Nvidia MX150, cukup untuk menjalankan kebanyakan tajuk permainan masa kini dan paling utama, saiz storan SSD yang amat besar, 512GB. Semua ini aku miliki dengan harga kurang dari RM5,000. Warna Merah Burgundy ini juga sangat menarik, ia warna yang unik dan tiada pada laptop lain.

Apa lagi yang aku mahu? Harapnya aku ada masa yang cukup hujung minggu ini untuk menghabiskan games Far Cry Primal yang dibeli dengan harga melampau rendah di jualan musim panas Steam.

P/S: Cerita ini ialah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang mati.