• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost lanjutkan naik taraf hingga 8 malam, beri Token Super Shake untuk semua

  • OLEH Najib
  • 7:05 pm
  • 11/06/2019
  • Komen
Boost lanjutkan naik taraf hingga 8 malam, beri Token Super Shake untuk semua
Share on FacebookShare on Twitter

Boost, salah satu penyedia sistem dompet elektronik (eWallet) di Malaysia petang ini memaklumkan kepada pengguna untuk melanjutkan masa tergendala sistem mereka untuk proses naik taraf. Menurut Boost, naik taraf ini mengambil masa yang lebih panjang dari dirancang.

Naik taraf ini pada awalnya dijadualkan sehingga pukul 2 petang ini, tetapi terpaksa dilanjutkan sehingga 8 malam hari ini, 11 Jun 2019. Pengguna juga diminta untuk mengemaskini aplikasi Boost di peranti mereka selepas naik taraf ini selesai.



Sebagai penghargaan kepada kesabaran pengguna, Boost akan memberi ganjaran berbentuk Super Shake Token kepada semua selepas aplikasi Boost kembali berfungsi. Super Shake Token ini memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi pelbagai hadiah menerusi cabutan bertuah, antaranya mesin kopi Nespresso, dron DJI Mavic Pro, atau hadiah utama iaitu kereta Proton X70. Keterangan lanjut berkenaan Super Shake Token boleh diperoleh di sini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Boost menerusi emel di alamat [email protected] atau di media sosial di Facebook Boost dan Instagram Boost.



Tags: Boost
Najib

Najib

POPULAR

Boost lanjutkan naik taraf hingga 8 malam, beri Token Super Shake untuk semua

Boost lanjutkan naik taraf hingga 8 malam, beri Token Super Shake untuk semua

11 June 2019
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN