• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambaran Google Pixel 4 terbocor, miliki rekaan sama seperti iPhone XI

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 1:09 pm
  • 11/06/2019
  • Komen
Gambaran Google Pixel 4 terbocor, miliki rekaan sama seperti iPhone XI
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kecoh apabila gambaran rekaan siri Samsung Galaxy Note 10 tertiris di internet. Menerusi gambaran tersebut ia dikatakan kontroversi kerana memiliki rekaan seperti Huawei P30 Pro.

Terbaru, seorang pembocor berita, Steve H. McFly menerusi laman Pricebaba berkongsi gambaran rekaan peranti dari Google iaitu Pixel 4 dan Pixel 4 XL.



And here comes your very first glimpse at the #Google #Pixel4 in form of gorgeous 5K renders based upon early prototyping schematics, on behalf of my Friends over @Pricebaba -> https://t.co/gjbtMlybdg (Please read the full story before reacting in order to make educated comments) pic.twitter.com/ZZAiseB9WP

— Steve H.McFly (@OnLeaks) June 10, 2019

Seperti tahun-tahun yang lepas, Google selalunya melancarkan peranti mereka sekitar bulan Oktober, boleh dikatakan ada beberapa bulan lagi. Namun, Steve berjaya mendapatkan gambaran peranti flagship itu.

Apa yang menarik mengenai gambaran tersebut adalah rekaan kamera utamanya berbentuk petak pada sebelah kiri atas, yang seakan-akan memiliki rekaan sama pada Apple iPhone XI yang akan datang.



Menurut Steve, Google kali ini dikhabarkan akan menawarkan 2 atau 3 kamera pada kamera belakangnya. Seperti yang ramai ketahui, Google Pixel terkenal dengan keupayaan kameranya yang hebat dengan hanya menawarkan satu lensa kamera sahaja, tetapi ini akan menjadi kali pertama Google menawarkan kamera berganda pada perantinya.

Bukan itu saja, pengimbas cap jari yang selalunya berada di belakang peranti juga tidak kelihatan. Ini bermakna Google bakal menampilkan teknologi pengimbas cap jari bawah skrin atau pengimbas wajah seperti iPhone X atau kedua-duanya sekali.

Berbeza dengan rekaan model Pixel sebelum ini, gambaran peranti siri Pixel 4 juga menunjukkan jeriji pembesar suara disusun bersama port usb-c pada bahagian bawah peranti. Ia berbeza kerana sebelum ini, model Pixel meletakkan pembesar suaranya pada bahagian hadapan.

Pada sebelah kanan peranti, terdapat butang kuasa dan kawalan bunyi. Manakala pada sebelah kirinya pula, tidak terdapat sebarang butang. Seperti biasa, Google masih tidak akan menawarkan jek audio 3.5mm pada peranti siri Pixel 4.

Walaubagaimana pun, gambaran tersebut hanya berdasarkan rekaan prototype. Mungkin terdapat beberapa perubahan pada peranti tersebut sebelum pelancarannya.

Sumber: Pricebaba, Steve H. McFly

Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel 4google pixel 4 xl
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Gambaran Google Pixel 4 terbocor, miliki rekaan sama seperti iPhone XI

Gambaran Google Pixel 4 terbocor, miliki rekaan sama seperti iPhone XI

11 June 2019
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER