fbpx

Sedang Cari Laptop Harga Patut? Dua Model Ini Sepatutnya Ada Dalam Senarai Timbang Tara Anda

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Haier Malaysia

Laptop harga patut adalah segmen yang perlukan kompromi yang sangat halus. Kalau specs O.K., tentu kualiti binaan K.O. dan begitu juga sebaliknya. Sekiranya anda sedang mencari sebuah laptop yang spesifikasinya agak bagus, binaan berkualiti, pada harga yang mampu milik, Haier ada tawarkan dua produk yang memenuhi kriteria tersebut.

Dengar saja jenama Haier dalam artikel laptop tentunya buat anda tertanya-tanya bukan?

Haier di Malaysia hanya terkenal dengan produk kelengkapan rumah sahaja bukan? Tapi mereka turut menghasilkan barangan elektronik pengguna.

Contohnya, mereka ada produk telefon yang dipamerkan di Mobile World Congress 2015 yang lalu.

Jadi tak pelik jika Haier untuk tembusi lapangan ini dengan lebih mendalam melalui laptop. Mengetengahkan falsafah laptop harga patut berkualiti tinggi, mereka menawarkan:

  • Haier S1
  • Haier S2

Haier S1

Sekilas pandang, laptop ini nampak seperti sebuah komputer dalam kategori ultranipis. Ia menampilkan ketebalan hanya 13.5mm sahaja dengan berat lebih sedikit dari 1 kg. Dengan fizikaliti sebegini, ia amat sesuai untuk anda yang ada dalam kategori digital nomad yang sentiasa bergerak ke sana-sini.

Haier S1 miliki badan besi yang utuh serta engsel yang utuh. Kedua-dua ciri ini pasti memberikan kemampuan yang cukup untuk menempuhi hari-hari mencabar anda.

Tapi, jangan ingat hanya kerana tahap mobilitinya yang tinggi, ia korbankan praktikaliti. Ia ada paparan Full HD sebesar 13.3″ yang optimum untuk produktiviti anda. Untuk paparan saiz ini, anda boleh lakukan kerja secara multitingkap sebelah menyebelah tanpa masalah paparan tetingkap ter-crop akibat ruang paparan terhad.

Untuk spesifikasi teknikal, Haier S1 dikuasakan cip Intel Celeron N4000, Ia adalah cip dua teras dengan kelajuan pemperosesan yang boleh mencecah 2.60 Ghz. Ia bergerak hanya berbekalkan 6W tenaga yang pastinya tidak membebankan bateri anda.

BACA  Masukkan Produk HUAWEI Smart Life Berikut Dalam Senarai Hadiah Hari Krismas Anda

Untuk Haier S1, ia ada 4GB RAM beserta storan daripada jenis SSD sebesar 128GB. Untuk konfigurasi sebegini, ia sesuai untuk tugasan-tugasan ringan seperi Microsoft Office, melayari Internet, dan sebagainya.

Port-port I/O tersebar di sisi kanan dan kiri laptop ini. Anda terima 1 slot kad mikro-SD, dua port USB 3.0, satu port mikro-HDMI, dan 1 jek audio 3.5mm. Untuk sambungan wayarles, ia dilengkapi Wi-Fi AC dan Bluetooth 4.0.

Laptop ini juga dilengkapi dengan kamera webcam 0.3MP kalau-kalau anda gunakannya untuk bersidang video.

Haier S2

Laptop kedua ini tak juah bezanya dengan Haier S1 kecuali dalam beberapa tempat. Jika anda rujuk pada sepsifikasi, ia miliki kebanyakkan yang ada pada Haier S1 terutamanya pada penggunaan CPU.

Ia dikuasakan Intel Celeron N4000 dengan kelajuan sehingga 2.6 Ghz beserta RAM seluas 4GB. Model ini miliki storan HDD tetapi jauh lebih besar berbanding S2 dengan keluasan 500GB.

Fizikaliti Haier S2 lebih besar kerana ia ada paparan lebih besar iaitu 14.1″. Jika anda perlukan laptop dengan ruang kerja yang lebih luas, ini adalah jawapannya. Tapi ia tidak bermakna tahap mobilitinya dikorbankan secara total. Laptop ini hanya setebal 16.9mm dan miliki  berat yang sama dengan model S1.

Port yang dihidangkan pada anda pada laptop ini juga sama, anda terima:

  • 2 x USB 3.0
  • 1 x mini-HDMI
  • 1 x jek audio 3.5mm
  • 1 x slot mikro-SD

Untuk sambungan tanpa wayar, anda boleh sambungkan laptop ini kepada Wi-Fi AC ataupun kepada headset Bluetooth anda yang menyokong sehingga Bluetooth 4.0.

Dimanakah Anda Boleh Dapatkan Laptop Ini Dan Berapa Harganya?

Dengan semua manfaat-manfaat yang dibawakan, kedua-dua laptop Haier S1 dan S2 miliki tanda harga yang kompetetif. Untuk badan utuh serta ultranipis, anda boleh dapatkan Haier pada harga RM1,399.

BACA  Lazada Jual Lebih Sejuta Produk Dalam Sejam Pertama Kempen 11.11

Jika anda perlukan paparan yang lebih besar tanpa korbankan mobiliti, Haier S2 adalah jawapannya dan ia miliki tanda harga RM1,199.

Setiap produk ini terima jaminan 2 tahun lamanya kalau-kalau anda berdepan masalah sepanjang anda menggunakannya.

Haier S1 dan S2 kini dijual melalui beberapa saluran di seluruh Malaysia. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, anda boleh ikuti laman rasmi Facebook Haier Computer. Komputer keluaran Haier diedarkan secara eksklusif oleh Innovix Distribution Sdn Bhd.