fbpx

Maxis buka Zerolution kepada MaxisONE Share, talian tambahan pertama boleh beli peranti secara ansuran

Biasanya hanya talian utama sahaja yang boleh mendapatkan telefon pintar berkontrak pada harga yang sangat rendah. Tetapi kini Maxis mengumumkan, talian tambahan di pelan MaxisONE Share mereka menjadi pelan pertama dan satu-satunya di Malaysia boleh mendapatkan tawaran yang sama.

Pelanggan pelan MaxisONE layak mempunyai sehingga 4 talian tambahan, bergantung kepada pelan yang dilanggan. Ini bermakna, pelanggan MaxisONE boleh membeli sehingga 5 telefon pintar secara ansuran di Maxis.

Pengguna talian tambahan MaxisONE Share boleh mendapatkan peranti di Maxis melalui program Zerolution. Ia membolehkan peranti yang ditawarkan di Maxis, dibeli secara ansuran 24 bulan tanpa bayaran pendahuluan. Harga ansurannya berbeza mengikut pelan. Sudah pasti, harga ansurannya lebih mahal untuk pengguna MaxisONE Share berbanding pengguna talian utama MaxisONE.

Zerolution untuk Galaxy S10

Contohnya bagi Galaxy S10, pengguna talian utama MaxisONE Plan 188 dikenakan kadar ansuran RM108/bulan manakala MaxisONE Plan 158 pula RM124/bulan. Untuk MaxisONE Plan 128 ialah RM136/bulan dan akhir sekali, MaxisONE Share 48 ialah RM137/bulan. Subsidi lebih besar diberikan untuk pelan yang lebih mahal.

Selain itu, bukan semua peranti yang ditawarkan oleh Maxis, boleh dibeli pengguna MaxisONE Share. Antara yang tersenarai ialah iPhone XR, XS dan XS Max, Huawei P30 dan P30 Pro, Vivo V15, Mi 9 Galaxy S10 dan S10+ serta Galaxy A50.

Walaupun diberitahu semua pengguna MaxisONE Share boleh mendapatkan tawaran Zerolution ini, ia sebenarnya tidak termasuk pelanggan talian utama MaxisONE Plan 98. Hanya pengguna MaxisONE Share dengan talian utama MaxisONE Plan 128 dan ke atas sahaja boleh menyertai program Zerolution.

Untuk maklumat lanjut serta syarat dan terma, layari laman MaxisONE Share.

BACA  Xiaomi Empat apa akan tiba tidak lama lagi?