• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Moto G7 Power dengan tenaga 3 hari mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:18 pm
  • 14/06/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kian lama Motorola Malaysia menyepi selepas melancarkan Motorola One pada Januari lepas. Kini mereka kembali dengan membawakan Moto G7 Power untuk dijual di Malaysia.

Moto G7 Power merupakan sebahagian dari ahli keluarga Moto G7 yang pertama kali diperkenalkan pada Februari lepas. Ahli lain keluarga ini ialah Moto G7, Moto G7 Plus dan Moto G7 Play. Bagaimanapun, hanya Moto G7 Power yang kelihatan mula dijual di Malaysia.



Motorola Malaysia telah menyenaraikan jualan Moto G7 Power dalam talian, di Stor Motorola di Lazada. Ia berharga RM699 dan hanya terdapat dalam satu warna sahaja, iaitu hitam.

Kuasa pemproses Moto G7 Power digerakkan oleh cip Snapdragon 632 bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Ini versi yang lebih tinggi berbanding semasa ia diumumkan pada Februari lepas, dengan RAM 3GB dan storan 32GB sahaja.



Nama Power padanya diberikan kerana ia memiliki bateri yang sangat besar, berkapasiti 5,000mAh dan dikatakan boleh memberi tenaga penggunaan sehingga 3 hari. Tambah menarik, ia datang dengan pengecas pantas 15W melalui sambungan USB-C.

Skrin Moto G7 Power seluas 6.2-inci dengan resolusi HD+ sahaja, serta takuk yang agak besar di atas. Takuk besar ini memuatkan kamera hadapan 8MP serta pembesar bunyi panggilan. Manakala kamera belakangnya, hanya satu lensa iaitu 12MP F2.0.

Telefon ini memiliki pengimbas capjari fizikal di belakang. Ia juga dipasang selaput nano P2i yang kalis percikan.

Moto G7 Power amat mirip dengan Honor 8C dan Redmi 7 yang berharga RM100 lebih murah, iaitu RM599 dengan kuasa Snapdragon 632. Ia kekurangan kamera kedua di belakang tetapi mempunyai RAM lebih besar, storan berganda dan bateri lebih bertenaga, di samping pengecasan pantas USB-C.

Ini dilihat berbaloi dengan tambahan RM100 jika anda perlukan bateri tahan lama dan storan lebih besar. Kepada yang berminat, boleh dapatkan Moto G7 Power di Stor Motorola di Lazada, pada harga RM699.

Tags: Moto G7Motor G7 PowerMotorola
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025

Moto G7 Power dengan tenaga 3 hari mula dijual di Malaysia

14 June 2019
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER