• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 20 dengan kuasa 4 kamera mula dijual di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 10:54 am
  • 17/06/2019
  • Komen
Honor 20 Pro miliki kamera sebaik OnePlus 7 Pro pada kos lebih rendah
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis pelancaran telefon pintar Honor 20 telah selamat diadakan di Malaysia pada hujung bulan Mei lepas. Malangnya, tempahan awalnya yang dibuka seminggu lebih awal dihentikan dan jualannya juga terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang belum diberitahu. Tetapi maklumat terbaru telah memberi sedikit pencerahan.

Facebook Honor Malaysia pada hari Sabtu lepas telah memuat naik gambar yang memperlihatkan kemampuan 4 lensa kamera Honor 20. Gambar tersebut turut memuatkan status yang menyatakan, Honor 20 akan datang minggu depan. Maksudnya, ia akan mula dijual minggu ini.



Tetapi hari ini kami telah menerima status jualan Honor 20 ini. Kami dimaklumkan, pengguna di Malaysia boleh membeli Honor 20 bermula hari Jumaat ini, 21 Jun 2019 hanya di Stor Honor Experience (HES).

Honor 20 dijual di Malaysia pada harga RM1,699 dan bagi pembeli terawal, akan turut menerima hadiah percuma bernilagi RM500 iaitu beg Honor, speaker Bluetooth Honor SoundStone dan gelang kecergasan Honor Band 4, selagi stok masih ada. Terdapat dua pilihan warna untuk Honor 20 iaitu Midnight Black dan Sapphire Blue.



Telefon pintar Honor 20 menampilkan 4 kamera di belakang, pertama seumpamanya dari Honor iaitu kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 16MP F2.2, kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 32MP.

Honor 20 merupakan telefon berkelas flagship kerana ia dikuaskan cip Kirin 980, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Skrin Honor 20 sebesar 6.26-inci HD Penuh dengan lubang yang menempatkan kamera depan. Ia tiada pengimbas capjari di skrin sebaliknya menggunakan capjari di sisi yang digabungkan dengan butang kuasa.

Bateri Honor 20 sebesar 3,750mAh dan ia datang bersama pengecasan pantas Huawei SuperCharge 22.5W melalui USB-C. Telefon ini tiada jek audio 3.5mm, tiada slot kad mikroSD dan tidak kalis air.

Kenali Honor 20 lebih dekat melalui video kami di bawah.

Tags: honorHonor 20
Najib

Najib

POPULAR

Honor 20 Pro miliki kamera sebaik OnePlus 7 Pro pada kos lebih rendah

Honor 20 dengan kuasa 4 kamera mula dijual di Malaysia minggu ini

17 June 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER