• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Broadcomm akan hilang USD2 bilion akibat sekatan Amerika terhadap Huawei

  • OLEH Najib
  • 4:42 pm
  • 18/06/2019
  • Komen
Broadcomm akan hilang USD2 bilion akibat sekatan Amerika terhadap Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Kenyataan terbaru pengeluar cip antarabangsa, Broadcomm berkenaan sekatan Amerika Syarikat terhadap urusniaga bersama Huawei telah memberi mesej yang sangat menggemparkan dunia teknologi. Menurut Broadcomm, sekatan itu akan menjejaskan jualan mereka mencecah USD2 bilion tahun ini.

Selain itu, saham Broadcomm jatuh sebanyak 8.6%, menurunkan nilai syarikat lebih dari USD9 bilion dari pasaran. Ia merupakan bukti terbaru yang menunjukkan kesan buruk kepada dunia, berkaitan larangan Trump terhadap gergasi telekomunikasi dari China itu.



Broadcomm merupakan syarikat yang berasal dari Asia. Pada tahun 2017, mereka memindahkan ibu pejabat mereka di Singapura ke Amerika Syarikat untuk meluaskan pasaran di persada antarabangsa.

Menurut CEO Broadcomm, Hock Tan, sekatan Amerika Syarikat terhadap Huawei memberi impak besar kepada Broadcomm. Ini kerana tiada pembelian dibenarkan dan tiada pembeli pengganti. Huawei menyumbang sebanyak USD900 juta atau 4% keseluruhan jualan Broadcomm tahun lepas.



CEO Broadcomm, Hock Tan (kiri) bersama Donald Trump (kanan)

Industri semikonduktor telah mengalami penurunan sejak pertengahan kedua 2018. Texas Instrument telah memberi amaran bahawa penurunan ini akan berkekalan sehingga 2 tahun lagi. Ini menunjukkan pasaran telefon pintar yang telah tepu dan pasaran baru seperti kereta pintar dan IoT masih dalam proses pembangunan.

Sekatan terhadap Huawei menambah derita syarikat semikonduktor tahun ini.

Broadcomm merupakan pengeluar cip utama untuk Wi-Fi, Bluetooth dan GPS di dalam peranti pintar. Mereka juga merupakan pengeluar utama cip untuk Apple.

Ramalan negatif untuk pendapatan pertengahan tahun 2019 ini dijangka akan diteruskan oleh pengeluar cip lain seperti Micron dan Western Digital tidak lama lagi. Ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pelbagai pengeluar peranti dan teknologi di seluruh dunia.

Sumber: Reuters

Tags: Broadcommdonald trumpHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Broadcomm akan hilang USD2 bilion akibat sekatan Amerika terhadap Huawei

Broadcomm akan hilang USD2 bilion akibat sekatan Amerika terhadap Huawei

18 June 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN