fbpx

Lokasi dan tarikh sama dipilih untuk pelancaran Galaxy Note 10

Ketibaan generasi ke-10 phablet popular Samsung, Galaxy Note 10 semakin hangat dirasai. Khabar angin terbaru menyatakan, Samsung sekali lagi memilih negara Uncle Sam untuk melancarkan flagship terbaru mereka itu.

CNET melaporkan, mereka yang rapat dengan Samsung mengatakan Galaxy Note 10 akan dilancarkan pada 7 Ogos 2019, di New York City, Amerika Syarikat. Minggu pertama Ogos merupakan waktu yang sama Galaxy Note9 dilancarkan tahun lepas.

Tambah CNET lagi, majlis pelancaran Galaxy Note 10 akan diadakan di lokasi yang sama, Barclays Center di Brooklyn. Acara Unpacked ini akan diadakan dengan lebih meriah dan terbuka.

Dua model Galaxy Note 10 dijangka akan dilancarkan

Bulan Ogos merupakan waktu terbaik untuk Samsung memandangkan tempoh 90-hari penangguhan sekatan Huawei akan ditarik balik. Jika perkara ini tidak memihak kepada Huawei, ia merupakan batu loncatan buat Samsung untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Huawei.

Tetapi Samsung sendiri tidak boleh duduk senang memandangkan mereka juga berhadapan dengan masalah Galaxy Fold, telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama mereka. Galaxy Fold yang dijadualkan berada di pasaran pada bulan Mei, terpaksa ditangguhkan jualannya dan masih tiada khabar berita bila ia akan mula dijual.

Galaxy Note 10 dikhabarkan tidak akan datang dengan teknologi skrin baru, kekal dengan skrin berlubang. Tidak banyak kejutan yang boleh diharapkan daripada Galaxy Note 10 kali ini tetapi mungkin juga Samsung masih ada perkara yang mereka sembunyikan dari orang lain. Seperti kejutan Galaxy Fold semasa pelancaran Galaxy S10.

Sumber: CNET

BACA  Telefon Berbateri 6,000mAh Samsung Diberi Nama Galaxy M30s