• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gobind desak TM bentang penyelesaian isu Streamyx dalam sebulan

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 20/06/2019
  • Komen
Harga internet akan turun hingga 25% tapi ia tidak selesaikan masalah rakyat majoriti
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa Telekom Malaysia (TM) untuk membentangkan penyelesaian isu berkaitan pelanggan Streamyx, dalam masa sebulan. Menurut beliau, isu ini harus diberi perhatian khusus memandangkan ia telah berlarutan terlalu lama dan tiada penyelesaian hingga kini.

Pelanggan Streamyx mengeluh apabila mereka masih terpaksa membayar kos langganan yang terlampu tinggi tetapi menerima kelajuan internet yang sangat rendah. Ia menjadi lebih parah melihatkan pengguna Unifi menerima naik taraf berkali ganda dengan harga langganan yang jauh lebih murah.



Dalam kenyataannya lagi, Gobind mengatakan pada tahun 2018, terdapat kira-kira 1.27 juta pelanggan Streamyx di Malaysia. Sebanyak 340,000 di kawasan liputan Unifi telah diberi pilihan untuk naik taraf ke Unifi. Sehingga kini, sebanyak 266,000 pelanggan telah dinaik taraf.

Tawaran naik taraf Streamyx ke Unifi tahun lepas

Tetapi bagi pelanggan di luar liputan jalur lebar fiber dan kerana kekangan infrastruktur, kelajuan Unifi terhad ke 30Mbps di rangkaian tembaga (copper) atau terpaksa kekal dengan Streamyx dengan kelajuan maksima 8Mbps.



Harga langganan Streamyx dikenakan dari RM110 untuk 1Mbps sehingga RM160 untuk 8Mbps. Ia jauh berbeza dengan Unifi yang dikenakan kadar serendah RM79 untuk kelajuan 30Mbps dan kuota 60GB.

Menurut Gobind lagi, beliau telah bertemu dengan TM dan beberapa penyelesaian telah dicadangkan. TM seharusnya membuat pengumuman tentang langkah yang akan diambil dengan segera. Kerajaan juga sedia membantu TM untuk mengatasi sebarang kekangan yang dihadapi.

CEO TM, Datuk Noor Kamarul

Gobind juga yakin, TM di bawah teraju CEO yang baru, Datuk Noor Kamarul boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Untuk itu, beliau meminta TM untuk membentangkan laporan penyelesaian isu Streamyx ini dalam masa sebulan.

TM juga telah mengeluarkan kenyataan mereka menjawab kenyataan Gobind ini

Kami telah bertemu YB Menteri dan memberi komitmen penuh untuk menyelesaikan isu ini. Kami akan membentangkan cadangan dalam masa sebulan dan membuat pengumuman dalam masa terdekat. Sementara itu, kami akan terus meneroka pelbagai teknologi yang sesuai di samping mengoptimumkan mekanisme industri sedia ada untuk menyediakan pengalaman jalur lebar yang lebih baik di seluruh negara.

Sumber: The Star

Tags: Gobind SinghstreamyxTelekom MalaysiaTM
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER