• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gelang kecergasan Mi Band 4 telah mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:28 am
  • 21/06/2019
  • Komen
Gelang kecergasan Mi Band 4 telah mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah memperbaharui gelang kecergasan paling popularnya, Mi Band 4 awal bulan ini di China. Buat masa ini, ia masih belum dilancarkan di luar China tetapi pembeli di Malaysia kini boleh mendapatkannya, melalui Shopee.

Jika anda tidak tahu, Xiaomi Global telah membuka Stor Online di Shopee. Di stor tersebut, mereka menjual pelbagai produk Xiaomi yang dihantar terus dari China ke Malaysia. Kini, mereka menyenaraikan Mi Band 4 telah dijual pada harga RM149.



Mi Band 4 kini hadir dengan paparan yang lebih besar, seluas 0.95-inci dan paparannya kini menggunakan panel AMOLED yang lebih terang serta dilapisi kaca terbaja untuk lebih keselamatan. Ia juga kalis air 5 ATM yang membolehkannya dibawa bersama ke dalam kolam renang.

Sambungan wayarles padanya dinaik taraf ke Bluetooth v5.0 BLE, meningkatkan kecekapan bateri dan menambah baik jarak sambungan maksimum dengan telefon. Walaupun ada versi NFC diperkenal di China, ia tidak dijual oleh Stor Xiaomi Global ini.



Mi Band menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana harganya yang sangat murah, tetapi baterinya yang tahan sangat lama. Mi Band 4 juga tidak terkecuali, walaupun kali ini ia menggunakan skrin AMOLED, ia masih mampu bertahan sehingga 20 hari dengan sekali pengecasan.

Menurut Xiaomi Global, semua produk mereka adalah asli dan pengguna boleh menghantarnya ke mana-mana pusat servis Xiaomi Malaysia jika bermasalah. Pembelian dari stor ini dijangka tiba dalam 1 ke 2 minggu dari tarikh pembelian.

Jika anda berminat untuk membelinya, boleh dapatkannya di Stor Xiaomi Global di Shopee sekarang.

Tags: Mi Band 4xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Mix Fold 2 dilancarkan, specs lebih baik daripada Z Fold 4 tapi…

Mix Fold 2 dilancarkan, specs lebih baik daripada Z Fold 4 tapi…

11 Ogos 2022
Gelang kecergasan Mi Band 4 telah mula dijual di Malaysia

Gelang kecergasan Mi Band 4 telah mula dijual di Malaysia

21 Jun 2019
Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya

Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya

11 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER