• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada Mi Max 4 dan Mi Note 4 dihasilkan tahun ini, jelas CEO Xiaomi

  • OLEH Najib
  • 9:03 am
  • 24/06/2019
  • Komen
Tiada Mi Max 4 dan Mi Note 4 dihasilkan tahun ini, jelas CEO Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas bersama dan CEO Xiaomi, Lei Jun baru-baru ini berkongsi hala tuju penghasilan telefon pintar Xiaomi. Menurut beliau, siri baru Mi Max dan Mi Note tidak akan diperkenal tahun ini. Bermakna, tiada Mi Max 4 dan tiada Mi Note 4.

Lei Jun mengatakan, jenama Xiaomi akan memberi fokus kepada model kelas tinggi seperti Mi 9 dan Mi MIX, serta siri baru CC yang memberi fokus kepada gaya belia remaja. Manakala jenama Redmi adalah peranti berkualiti tinggi dan sangat murah, disasarkan untuk pasaran dalam talian.



  • Mi Max 3
  • Mi Note 3

Mi Max merupakan telefon pintar kelas pertengahan manakala Mi Note menghampiri kelas atasan. Persamaan keduanya adalah skrin dan bateri yang besar. Kali terakhir siri Mi Max diperkenalkan adalah Mi Max 3 tahun lepas, manakala Mi Note 3 pula pada tahun 2017.

Pengumuman dari Lei Jun ini seperti memberi petunjuk bahawa siri Mi Max dan Mi Note mungkin akan ditamatkan pengeluaran. Walaupun tidak disahkan secara langsung, tetapi siri baru seperti Redmi K20, Mi 9T dan Mi CC yang akan datang memerlukan ruang pemasaran, dan ini akan mengorbankan siri sedia ada.



Sedikit sebanyak, ia pasti mengecewakan peminat telefon pintar berskrin besar dan sangat murah. Tetapi berapa besarkah pasaran ini? Mungkin selepas membuat kajian, Xiaomi merasakan mereka perlu memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih besar, terutama di India, berbanding siri telefon pintar dengan pasaran yang lebih kecil.

Adakah anda pemilik atau pernah memiliki Mi Max dan Mi Note sebelum ini? Anda masih kekal menggunakan telefon berskrin besar atau beralih kepada jenis yang lebih kecil?

Sumber: BGR, Weibo

Tags: Mi Max 4xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tiada Mi Max 4 dan Mi Note 4 dihasilkan tahun ini, jelas CEO Xiaomi

Tiada Mi Max 4 dan Mi Note 4 dihasilkan tahun ini, jelas CEO Xiaomi

24 June 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN