fbpx

Pembunuh premium, kamera 64MP dan kuad-kamera pertama di dunia dari Realme

Kamera 48MP sudah menjadi standard kamera utama di telefon pintar kelas atas dan pertengahan. Awal bulan lepas, Samsung telah memperkenalkan sensor kamera GW1 dengan resolusi 64MP dan nampaknya, ia akan mula digunakan di telefon pintar tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksuktif (CEO) Realme, Madhav Singh hari ini berkicau di twitter mengenai produk terbaru yang sedang mereka hasilkan. Realme kini sedang membangunkan telefon pintar pertama dengan kamera 64MP, menggunakan sensor Samsung GW1 dengan saiz sensor 1/1.72″. Menggabungkan empat piksel kepada satu, ia boleh menjadikan resolusi kepada 16MP dengan saiz piksel sebesar 1.6-mikron.

Madhav menyatakan, ini ialah telefon pertama di dunia dengan kamera 64MP. Ia juga akan mengambil gambar bersuasana malap dengan lebih cerah. Bagaimanapun, selagi ia belum dilancarkan, gelaran telefon pertama 64MP masih tidak boleh disahkan, kerana mungkin pengeluar lain berpeluang melancarkannya lebih awal.

Madhav juga menjanjikan ia akan dilancarkan terlebih dahulu di India, sebelum di negara lain. Telefon ini juga akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Dalam kicauan tersebut, Madhav berkongsi gambar yang dikatakan diambil menggunakan kamera tersebut. Ia mempunyai watermark yang menyatakan 64MP AI Quad Camera, bermakna ia akan memiliki 4 kamera belakang. Apakah kamera keempat yang mungkin digunakan, selain kamera utama, kamera ultra lebar dan kamera telefoto?

BACA  Telefon Terhebat Realme Di Malaysia Dapat Potongan Harga RM100

Galaxy A9 sebagai telefon pertama dengan 4 kamera belakang, menggunakan kamera pengesan kedalaman untuk kamera keempat. Manakala di Honor 20 Pro, mereka menggunakan kamera makro.

Tidak dilupakan juga, Madhav menyatakan telefon ini ialah Premium Killer, satu tag yang memiliki maksud yang sama dengan Flagship Killer. Adakah ia akan menjadi telefon pertama dari Realme dengan kuasa Snapdragon 855?

Kita tunggu lebih banyak pendedahan dari Madhav kelak.

Sumber: Android Authority, Madhav