fbpx

Samsung umum sensor kamera 64MP, resolusi tertinggi untuk telefon pintar

Hari ini, Samsung memperkenalkan dua sensor imej piksel 0.8 mikrometer (μm) iaitu 64-megapiksel (MP) Samsung ISOCELL Bright GW1 dan 48MP ISOCELL Bright GM2.

Dengan penambahan tersebut, Samsung memperluaskan lagi barisan sensor imej 0.8μm mereka, dari 20MP yang sedia ada hingga resolusi 64MP ultra tinggi. Dengan pengumuman tersebut, sensor GW1 ini merupakan sensor kamera yang beresolusi tertinggi pernah ada pada telefon pintar, dimana sebelum ini hanya beresolusi 48MP.

Dengan menggunakan Teknologi Tetracell yang menggabungkan empat piksel berhampiran kepada satu piksel besar, sensor GW1 membolehkan lebih banyak cahaya ditangkap agar gambar menjadi lebih cerah walaupun dalam suasana malap. Ini mengurangkan resolusi kepada 64/4 = 16MP. Dalam suasana cerah pula, Tetracell menggunakan remosaic algorithm untuk menghasilkan gambar beresolusi penuh 64MP.

Sensor GW1 ini juga turut menyokong rangkaian dinamik tinggi (HDR), sekaligus menyediakan warna yang lebih cantik.

ISOCELL Bright GM2 pula merupakan sensor imej 48MP yang juga menggunakan teknologi Tetracell dalam persekitaran cahaya rendah dan remosaic algorithm pada tetapan yang terang, membawa gambar yang sangat terperinci dengan warna-warna semula jadi yang cerah.

Dua sensor tersebut dijangkakan akan ada pada pelbagai peranti telefon pada masa akan datang tidak lama lagi.

Sumber: Samsung

BACA  Ini peluang kedua nak beli Samsung Galaxy Fold yang habis ditempah minggu lepas