• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi Yoodo terganggu, tidak boleh langgan pelan baru tetapi data & panggilan masih boleh digunakan

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 25/06/2019
  • Komen
Aplikasi Yoodo terganggu, tidak boleh langgan pelan baru tetapi data & panggilan masih boleh digunakan
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 4.30pm: Aplikasi Yoodo dah pulih dan boleh diakses

Pengguna Yoodo pagi ini mungkin terkejut apabila membuka aplikasi Yoodo mereka kerana aplikasi ini tidak boleh diakses. Keluar notis, “Unable to join the server. Please try again later.”.



Perkara ini diakui sendiri oleh Yoodo. Menurut Yoodo, ia dikesan terganggu sejak pukul 8.15 pagi tadi. Mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah ini dengan Amazon.

Oh, dear! Our Yoodo App services is currently down but our Calls, SMS and Data services are not affected. Please be patient as our tech team works to resolve this issue. We apologise for any inconvenience caused.

— Yoodo (@yoodoMY) June 25, 2019

Walaubagaimanapun, servis lain seperti panggilan, SMS dan internet berfungsi seperti biasa. Jadi penggunaan telefon boleh digunakan tanpa gangguan.



Gangguan akses aplikasi ini menyebabkan pengguna tidak boleh memantau penggunaan data, panggilan dan SMS, serta tidak boleh melanggan pelan baru. Tidak dapat dipastikan juga sama ada langganan automatik juga terkesan dengan gangguan ini.

KEMASKINI 4.30pm: Aplikasi Yoodo dah pulih dan boleh diakses

Our app is back up and running! Sorry for all the inconvenience caused and thank you for your patience.

— Yoodo (@yoodoMY) June 25, 2019

Pada bulan Mac lepas, sistem Yoodo mengalami gangguan rangkaian di mana ramai tidak dapat berhubung dengan menara pemancar, sekaligus kehilangan sambungan internet. Selepas ia pulih, timbul pula masalah lain di mana pengguna mendapati kuota data, minit panggilan, sms dan kredit mereka hilang atau berkurangan.

Yoodo kemudiannya telah menyelesaikan semua masalah tersebut, dan mengumumkan pemberian 3GB data percuma kepada pengguna sebagai ganti rugi. Langkah Yoodo ini menerima sambutan baik dari pengguna, di mana syarikat telekomunikasi lain langsung tidak memberi ganti rugi apabila masalah rangkain berlaku.

SKMM baru-baru ini mengumumkan akan mengemaskini Kod Amalan Pengguna Umum (GCC) dengan memuatkan perlindungan hak pengguna yang lebih ketat, antaranya ialah memberi ganti rugi yang setimpal kepada pengguna yang berhadapan masalah.

Sumber: Yoodo

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Aplikasi Yoodo terganggu, tidak boleh langgan pelan baru tetapi data & panggilan masih boleh digunakan

Aplikasi Yoodo terganggu, tidak boleh langgan pelan baru tetapi data & panggilan masih boleh digunakan

25 June 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER