fbpx

Penyemak berita palsu pihak ketiga Facebook kini telah aktif di Malaysia

Penyebaran berita palsu dan tindakan tak bertanggungjawab pengguna internet memerlukan tindakan aktif dari penyedia platform media sosial sendiri. Salah satunya ialah pelancaran penyemak fakta pihak ketiga di Malaysia oleh Facebook, kini telah diaktifkan untuk memerangi penyebaran berita palsu di Facebook.

Facebook menggunakan khidmat Poynter Institute’s non-partisan International Fact Checking Network, sebagai pihak ketiga yang tidak berkepentingan untuk menyemak fakta di laman web yang dikongsi. Di Malaysia, wakil Poynter Institute’s ialah Agence France-Presse (AFP).

Proses Pensijilan Penyemak Fakta IFCN

AFP akan menyelidik dan memberi taraf ketepatan berita yang disebarkan di Facebook, termasuk gambar dan video. Apabila penyemak fakta pihak ketiga ini memberi taraf berita sebagai palsu, ia akan diletakkan di bahagian terbawah NewsFeed, sekaligus menjadikan ia kurang dilihat dan tidak disebarkan.

Di Malaysia, AFP akan menyemak fakta berita dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, menurut kriteria standard yang telah ditetapkan. Orang ramai yang cuba berkongsi berita yang telah disahkan palsu, akan menerima notifikasi menyatakan ia berita palsu. Mereka yang pernah berkongsi berita palsu sebelum ini, juga akan menerima notifikasi ini selepas semakan mengesahkan kepalsuan berita.

Program ini selari dengan usaha Facebook untuk meningkatkan kualiti dan keaslian berita di dalam News Feed, di mana Facebook akan membuang akaun dan kandungan yang melanggar Standard Komunitinya serta polisi pengiklanan. Ini akan membantu mengurangkan penyebaran berita palsu dan kandungan tidak asli yang bersifat clickbait, dan menerangkan kepada orang ramai tentang konteks berita dengan lebih jelas.

Program penyemak fakta pihak ketiga Facebook kini telah bekerjasama dengan 54 rakan di seluruh dunia, meliputi kandungan di dalam 43 bahasa dan di 57 negara. Ia juga bersandarkan kepada maklumbalas dari Komuniti Facebook, sebagai petunjuk kepada penyemak fakta tentang potensi berita palsu untuk disemak.

BACA  Vcash ucap selamat tinggal kepada dompet elektronik

AFP pula kini telah menjadi penyemak fakta lapan bahasa berbeza, antaranya Bahasa Arab dan Perancis, meliputi lebih 20 negara di seluruh dunia. Di Asia Pasifik, AFP telah menjadi penyemak fakta di Australia, India, Indonesia, Filiina, Pakistan, Singapura dan Sri Lanka.