• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Apa Jadi Kalau Pengecas QC 3.0 Digunakan Pada Telefon Yang Tak Sokong QC 3.0?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:17 pm
  • 28/06/2019
  • Komen
Apa Jadi Kalau Pengecas QC 3.0 Digunakan Pada Telefon Yang Tak Sokong QC 3.0?
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda masih belum menyertai group RKMD di Facebook, anda patut pergi sekarang kerana ia adalah group ekslusif yang menghimpunkan semua peminat dunia teknologi. Bezanya adalah ahli-ahli RKMD sangat responsif dan lebih baik, kami mengawal selia kumpulan agar tiada cakap-cakap yang mengarut berlaku.

Daripada masa ke masa, akan ada sahabat kita yang akan bertanyakan sesuatu yang menarik dan ini adalah salah satu daripadanya.



Amaluddin Hasif bertanyakan tentang Redmi 6a yang disambungkan pada blok pengecas yang menyokong Qualcomm QuickCharge 3.0 (QC 3.0). Kegusaran dia adalah, adakah baterinya akan rosak jika terus mengecas menggunakan pengecas itu?

Jom kita uji sendiri.



Contoh pengecas yang menyokong QC 3.0

Saya ada sebuah pengecas QC 3.0 daripada jenama Tronsmart. Ia memiliki rating kuasa seperti berikut:

  • 3.6V – 6.5V @ 3.0A / 10.8W – 19.5W
  • 6.5V – 9.0V @ 2.0A / 13.0W – 18.0W
  • 9.0V – 12.0V @ 1.5A / 13.5W – 18.0W
Gajet seperti ini boleh mengukur voltan dan arus yang mengalir melaluinya

Untuk mengujinya, saya ada dua telefon, satu yang menyokong QC 3.0 dan satu lagi tidak iaitu Xiaomi Mi 9 dan Realme 3. Semasa mengecas, di antara blok pengecas dengan kabel, akan ada meter kuasa yang mampu membaca voltan dan arus yang mengalir melaluinya.

Mi 9, telefon yang menyokong QC 3.0
Realme 3, telefon yang tak menyokong QC 3.0

Inilah bacaannya.

Bacaan semasa mengecas Mi 9
Bacaan semasa mengecas Realme 3

Semasa mengecas Mi 9 menarik sebanyak 9.244V dan 1.8424A yang diterjemahkan kepada 17W tenaga manakala Realme 3 menarik sebanyak 5.152V dan 1.1401A yang diterjemah kepada 7.22W.

Apa yang saya boleh nampak, pengecas QC 3.0 tetap mengecas telefon walaupun ia tidak menyokong QC 3.0. Tetapi kuasa yang mengalir masuk ke telefon telah disesuaikan mengikut kesesuaian klien pengecas (telefon itu).

Apabila pengecas mengesan telefon yang menyokong QC 3.0, ia terus mempertingkat aliran arus kerana telefon itu mampu menerima masuk kuasa yang tinggi.

Perlu ada cip khas untuk aktifkan QC 3.0

Kesemua proses ini dikawal oleh litar keselamatan yang digelar Battery Management System (BMS). Untuk QC 3.0, Qualcomm menggunakan cip SMB1350 yang terpateri di atas papan utama telefon. Ia akan mengaktifkan pengecasan pantas dalam keadaan yang sesuai.

Untuk menjawab pertanyaan Amaluddin Hasif, bateri telefon anda berkemungkinan besar takkan rosak jika menggunakan pengecas QC 3.0 pada telefon yang tidak menyokong piawiaan pengecasan itu. Pengecasan pantas tidak akan berlaku sebab pengecas hanya membekalkan kuasa setakat yang mampu diterima telefon sebab ia dikawal oleh sekeping cip keselamatan.

Tags: Mi 9qc 3.0quick charge 3.0realme 3Tronsmart
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Apa Jadi Kalau Pengecas QC 3.0 Digunakan Pada Telefon Yang Tak Sokong QC 3.0?

Apa Jadi Kalau Pengecas QC 3.0 Digunakan Pada Telefon Yang Tak Sokong QC 3.0?

28 June 2019
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN