• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei masih belum terlepas dari sekatan Amerika Syarikat

  • OLEH Najib
  • 10:54 am
  • 04/07/2019
  • Komen
Huawei masih belum terlepas dari sekatan Amerika Syarikat
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan kebenaran Huawei untuk berurusniaga dengan syarikat AS minggu lepas selepas bertemu Presiden China, Xi Jinping, ramai yang gembira dan tak kurang yang mentertawakan Trump akibat tindakan u-turn itu. Tetapi ternyata, Trump sebenarnya masih belum menarik balik sekatan terhadap Huawei.

Reuters melaporkan, dalam emel kepada pegawai penguatkuasaan oleh John Sonderman, Timbalan Pengarah Pejabat Penguatkuasaan Eksport, Biro Industri dan Keselamatan Jabatan Perdagangan (BIS), beliau menerangkan bagaiman agen perlu menguruskan permohonan lesen dari syarikat yang memohon kebenaran untuk menjual kepada Huawei.



Trump bertemu Jinping di Sidang Kemuncak G20

Semua permohonan perlu dipertimbangkan berdasarkan merit dan ditanda dengan nota “Pihak ini berada pada Senarai Entiti. Semak polisi permohonan lesen yang berkaitan di bawah bahagian 744,” tulis Sonderman dalam emel tersebut. Beliau turut menjelaskan, panduan dari BIS diperlukan apabila menilai permohonan lesen berkaitan Huawei.

Awal minggu ini, Pengerusi Majlis Ekonomi Negara, Larry Kudlow memberi penjelasan berkenaan keputusan Trump di Sidang Kemuncak G20 minggu lepas. Menurut Kudlow, kebenaran diberikan untuk produk Huawei yang terdapat secara meluas di seluruh dunia, tidak termasuk peralatan dan perkakas yang paling sensitif. Kerajaan AS akan menganugerahkan lesen tambahan kepada produk yang terdapat secara meluas bagi peralatan yang diperlukan Huawei.



Perkara ini diperkukuhkan lagi apabila dua pembangun sistem operasi (OS) terbesar dunia, Google dan Microsoft, masih belum mengeluarkan kenyataan menarik balik keputusan mereka untuk berhenti menyediakan OS kepada Huawei. Buat masa ini, kemaskini OS masih disediakan kepada Huawei berdasarkan penangguhan sementara oleh AS selama 90-hari, yang akan tamat bulan hadapan.

Ren Zhengfei

CEO dan pengasas Huawei, Ren Zhengfei memberitahu media baru-baru ini, keuntungan Huawei dijangka berkurang USD30 bilion dari jangkaan awal. Walaupun dibenarkan untuk berurusniaga di AS semula, ia mungkin tidak memberi kesan yang besar.

Ini kerana Huawei dilaporkan telah bersedia dengan pelan alternatif, seperti membangunkan OS Hongmeng untuk telefon pintar, jika tidak lagi boleh menggunakan Android.

Buat masa ini, masih belum jelas apakah bentuk kebenaran yang akan dikeluarkan Trump. Kudlow menjelaskan, mereka tidak akan mengesahkan senarai kebenaran untuk Huawei sehinggalah tamat perbincangan antara AS dan China. Huawei akan menjadi titik penting perbincangan ini di mana ia juga menentukan hala tuju masa depan antara AS dan China.

Sumber: The Verge, Reuters

Tags: donald trumpHuawei
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Huawei masih belum terlepas dari sekatan Amerika Syarikat

Huawei masih belum terlepas dari sekatan Amerika Syarikat

4 July 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN