• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 9X miliki kuasa Kirin 810 serta kamera boleh sembunyi

  • OLEH Najib
  • 4:07 pm
  • 05/07/2019
  • Komen
Honor 9X miliki kuasa Kirin 810 serta kamera boleh sembunyi
Share on FacebookShare on Twitter

CEO Honor, George Zhao telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar Honor 9X pada 23 Julai 2019 di China. Beberapa hari kemudian, Honor telah berkoongsi satu poster berkenaan Honor 9X yang mengesahkan beberapa perkara tentangnya.

Poster tersebut dikongsi di weibo, di mana ia memaparkan cip Kirin 810 7nm padanya. Ini menandakan cip Kirin 810 akan memperkasa Honor 9X kelak. Cip ini dibuat dari proses 7nm, sama seperti Kirin 980. Huawei merupakan pengeluar cip pertama memiliki dua SoC yang diperbuat dari proses 7nm.



Kirin 810 dilengkapi dua teras Cortex-A76 2.27GHz berkuasa tinggi dan enam teras Cortex-A55 1.88GHz yang cekap tenaga. Grafik pula diuruskan oleh GPU Mali-G52. Ia turut dilengkapi teras NPU berasaskan arkitektur Huawei DaVinci, dikatakan lebih baik dari Snapdragon 855 dan Snapdragon 730. AnTuTu sendiri menemui, secara keseluruhan Kirin 810 memiliki prestasi lebih baik dari Snapdragon 730.

Dalam satu laporan lain, pembocor berita bersiri, Evan Blass telah berkongsi satu skema gambar yang dikatakan merujuk kepada Honor 9X. Perkara paling menarik pada gambar tersebut ialah ia memiliki modul kamera pop-up.



Jika benar, ini mungkin telefon pertama dari Honor dengan kamera pop-up. Apatah lagi, ia boleh menyaingi Xiaomi Mi 9T dengan spesifikasi yang kelihatan amat serupa.

Gambar tersebut juga menunjukkan, di belakang terdapat dua kamera dengan LED flash tersusun menegak. Di sebelah kanannya, dapat dilihat butang kawalan bunyi serta butang kuasa yang terbenam sedikit ke dalam. Rupa ini seperti sama dengan Honor 20 di mana butang kuasa juga bertindak sebagai pengimbas capjari.

Perkara ini disahkan lagi dengan ketiadaan pengimbas capjari di belakang. Jika sama seperti Honor 20, bermakna telefon ini masih akan menggunakan skrin LCD.

Mungkin ia suratan atau kebetulan, Huawei baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar dengan kamera pop-up di Eropah, digelar sebagai P Smart Z 2019. Telefon ini memiliki skrin 6.59-inci HD penuh+ dengan kuasa Kirin 710F dan bateri 4,000mAh. Adakah ia menjadi asas kepada Honor 9X?

Honor 9X akan dilancarkan di Xian, China pada 23 Julai nanti. Ada khabar mengatakan ia akan datang dalam dua versi, dengan model lebih berkuasa dipanggil Honor 9X Pro.

Sumber: EvLeaks, Weibo

Tags: honorHonor 9X
Najib

Najib

POPULAR

Honor 9X miliki kuasa Kirin 810 serta kamera boleh sembunyi

Honor 9X miliki kuasa Kirin 810 serta kamera boleh sembunyi

5 July 2019
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER