fbpx

Kenapakah Anda Tak Boleh Harapkan Google Sahaja Untuk Lindungi Android Anda?

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung Malaysia

Hacker akan sentiasa mencari lubang untuk mengeksploitasi telefon Android anda. Walaupun sudah ditampal oleh Google, mereka tetap menemui backdoor yang lain untuk digunakan menyerang.

Oleh sebab itu, kesedaran tentang pentingnya melindungi peranti anda daripada serangan luar amatlah penting, terutamanya apabila anda berada dalam zaman segala maklumat penting terkandung. Contohnya, tahukah anda yang Whatsapp ada 1 billion pengguna aktif pada tahun 2016 tapi mereka tidak ada ciri penyulitan hujung-ke-hujung sehinggalah dalam bulan April 2016?

Garis Masa Kemas Kini WhatsApp menunjukkan penyulitan hujung-ke-hujung hanya ada bermula April 2016 sedangkan APP itu telah digunakan sejak 2009

Hal ini bermakna, sesiapa saja yang memiliki kepandaian boleh melihat gambar yang anda hantar kepada pihak yang lagi satu. Lebih parah, walaupun ada penyulitan hujung-ke-hujung, fungsi itu hilang sejurus anda menyimpan mesej anda di awan.

Itu baru satu, contoh berikutnya adalah aplikasi ES File Explorer yang sangat popular satu ketika dulu. Salah satu ciri yang digemari ramai adalah mewujudkan pelayan FTP yang membolehkan komputer anda mengkases telefon dari jauh. Namun, selepas ada orang yang menemui kerentanan dalam APP itu yang membolehkan orang selain anda mengakses telefon dan menyalin gambar keluar, ia telah diturunkan daripada Google.

Memanglah sistem operasi Android senantiasa dikemas kini Google untuk membuang segala kerentanan pada perisian mereka. Tapi tahukah anda yang pengeluar telefon juga boleh memainkan peranan untuk mempertingkat tahap keselamatan produk mereka? Jika anda masih tak ketahui, Samsung adalah pengeluar telefon yang melindungi produk-produk mereka dengan sistem keselamatan bertaraf tentera dan ia dikenali sebagai Samsung Knox.

Samsung Knox lebih baik daripada kebanyakan sistem keselamatan lain disebabkan ia melindungi telefon anda pada dua tahap, di perisian dan perkakasan.

BACA  Google bakal menambah fungsi baru pada Ambient Display, elak peranti terjaga tanpa sengaja

Samsung Knox Penuhi 5 Rukun Perlindungan Ini

1.   Software Integrity

Apa-apa perisian yang ingin dan akan dipasang pada telefon anda akan disaring oleh Samsung. Hanya perisian daripada pembangun yang sah, tanpa sebarang perubahan walaupun pada sebaris kod boleh dipasang kerana walaupun perisian nampak selamat, hacker tetap boleh menyuntik kod haram untuk mengeksploitasi data anda.

2. Least Privilege

Perisian memerlukan akses terhadap data telefon anda untuk beroperasi dengan lancar. Sekiranya perisian diberikan akses kepada data yang lebih luas berbanding yang diperlukannya, hacker boleh menggunakan peluang itu untuk menyerang.

Walaupun Android boleh menghalang akses itu jika perlu, Samsung Know miliki tahap kawalan yang lebih tinggi untuk mematikan akses perisian yang diragui.

3. Data Storage Protection

Maklumat seperti email, nombor telefon, gambar, dan sebagainya adalah data yang sangat digemari hacker. Oleh sebab itu, Samsung Knox akan menyulitkan segala data-data ini dan sungguhpun hacker berjaya memintas data itu, apa yang dilihat oleh hacker hanya gumpalan data yang tiada makna di paparan.

4. Network Protection

Komunikasi wayarles kini jadi cara utama kita memindahkan data. Walaupun ia mudah untuk kita, ia juga mudah untuk hacker memintas pemindahan data itu kerana ia dipancarkan dalam udara menggunakan gelombang radio.

Untuk membasmi data daripada jatuh ke tangan pihak jahat, Samsung Knox boleh mewujudkan rangkaian maya yang membenarkan hanya peranti tertentu berhubung dengannya.  Untuk berhubung dengan dunia luar, VPN khas digunakan sebagai proksi supaya jenis data yang mengalir keluar masuk boleh dipantau sistem keselamatan.

5. Data Isolation

Data yang lebih sensitif perlu ditangani dengan lebih berhati-hati. Itu perkara sebegini, Samsung Knox boleh memulaukan data jenis ini dalam satu persekitaran khas, walaupun dalam sistem operasi Android. Analoginya adalah seperti menyimpan fail dalam peti kemas, walaupun rumah anda sudahpun dilindungi pengawal keselamatan.

BACA  Ini Sebab Kenapa EMUI 9.1 Adalah Kemas Kini Paling Mantap Sistem Operasi HUAWEI Setakat Ini

Hanya fail yang berada dalam “peti kemas” sahaja boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan interaksi dengan fail luar tidak dibenarkan sama sekali. Hasilnya, tiada siapa boleh mengintip keadaan yang berlaku dalam Samsung Knox.

Anda boleh merujuk telefon yang menyokong Samsung Knox dalam senarai ini.

Rasai Persekitaran Telefon Selamat Menerusi Samsung Knox

Samsung kin sedang mengadakan kempen #iChanged yang memberi ganjaran kepada anda yang memilih untuk berhijrah masuk ke persekitaran yang lebih selamat.

Bawa apa saja telefon ke pengedar Samsung yang berhampiran, anda boleh tukar beli sebuah Galaxy S10 dan terima seunit Galaxy Buds dan Galaxy Fit-e yang masing-masing bernilai RM499 dan RM139.

Promosi #iChanged kini sedang berlangsung sehingga 31 Julai 2019. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman rasmi promosi.