• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM mohon pendapat rakyat Malaysia untuk peruntukan spektrum 700MHz, 2300MHz dan 2600MHz

  • OLEH Najib
  • 1:35 pm
  • 10/07/2019
  • Komen
3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

Sebarang bentuk pemancaran wayarles di Malaysia perlu diperuntukkan spektrumnya agar ia tidak menjejaskan hubungan sesama peranti wayarles. Antara spektrum yang digunakan untuk rangkaian telekomunikasi ialah 850MHz, 900MHz, 1800MHz, 2100MHz, 2300MHz dan 2600MHz

Bagi mengoptimumkan penggunaan spektrum sejajar dengan matlamat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan Siasatan Awam mengenai peruntukan spektrum berkaitan dengan jalur spektrum 700MHz, 2300MHz dan 2600MHz.



Jalur 700Mhz buat masa ini masih digunakan oleh TV analog dan ia dijadualkan untuk tamat digunakan menjelang suku ketiga 2019. Kemudian, ia akan ditawarkan untuk penggunaan telekomunikasi.

Siasatan Awam ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pakar-pakar industri, orang awam dan pihak yang berminat mengenai syor-syor SKMM berkaitan dengan aspek seperti jangka masa peruntukan spektrum, pelan pelaksanaan, isu teknikal serta bayaran spektrum. Ini adalah kali pertama SKMM menjalankan proses Siasatan Awam berkenaan peruntukan spektrum yang diambil bagi memastikan ketelusan dalam proses peruntukan kelak.



Pendirian awal SKMM yang digariskan di dalam kertas Siasatan Awam adalah berkaitan dengan cadangan lebar jalur yang optimum untuk setiap jalur spektrum, kaedah peruntukan spektrum (secara tender atau penukaran terus), jangka masa proses peruntukan dan prinsip-prinsip bagi penentuan bayaran spektrum. Pendirian awal ini adalah berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak SKMM baru-baru ini.

Mengoptimumkan penggunaan spektrum adalah penting untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan, liputan yang meluas dan kelajuan jalur lebar mudah alih yang lebih baik. Ia juga untuk mencapai sasaran kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2023 di bawah Pelan NFCP.

Menurut dokumen Siasatan Awam SKMM, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM/Webe memegang 74% spektrum dari keseluruhan spektrum yang disediakan untuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih. Turut dinyatakan, Celcom, Digi dan Maxis meyediakan liputan jalur lebar mudah alih sekurang-kurangnya 85% dari kawasan berpenduduk menerusi rangkaian 2G, 3G dan 4G/LTE.

Jika anda berminat untuk menyumbang pendapat atau mahu tahu lebih lanjut mengenai perkara ini, boleh baca lebih lanjut dokumen Siasatan Awam tersebut di sini.

Tags: SKMM
Najib

Najib

POPULAR

3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC

SKMM mohon pendapat rakyat Malaysia untuk peruntukan spektrum 700MHz, 2300MHz dan 2600MHz

10 July 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN