fbpx

Beli Galaxy A80 di Shopee untuk dapat hadiah eksklusif BlackPink bernilai RM818

Jika anda peminat kumpulan k-pop popular, BlackPink, maka anda harus tidak melepaskan peluang untuk mengumpul cenderahati mereka. Tetapi ini mungkin merabakkan poket atau dompet anda.

Samsung Galaxy A80 telah dilancarkan bersama persembahan BlackPink di Bangkok pada bulan April lepas. Ia kini dijual di Malaysia bermula hari ini, 12 Julai 2019 pada harga RM2,499.

Tetapi di Shopee, Stor Rasmi Samsung memberi hadiah percuma untuk pembeli terawal Galaxy A80 berupa jam pintar Galaxy Fit bernilai RM369, serta pakej edisi khas BlackPink bernilai RM449, yang mengandungi casing khas BlackPink, dok pengecas dan kad bergambar BlackPink.

Shopee juga menawarkan pembayaran secara ansuran tanpa faedah selama 12 bulan, dengan bayaran RM208.25/bulan. Tetapi ia untuk pemegang kad kredit Maybank dan Public Bank sahaja. Penghantaran ialah percuma malah Shopee menawarkan polisi pemulangan dalam masa 15-hari jika pembeli tidak berpuas hati dengan pembelian.

Galaxy A80 memiliki kamera unik yang berputar, menjadikan kamera yang sama digunakan di belakang dan hadapan. Sebanyak tiga kamera terdapat di modul berputar ini iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera 3D ToF.

Dengan kamera berputar ini, ia menjadikan skrin Galaxy A80 tiada takuk dan lubang. Skrin ini berukuran 6.7-inci HD Penuh+ dari jenis Super AMOLED. Pengimbas capjari juga terdapat di dalam skrin ini.

Telefon ini dikuaskaan cip Snapdragon 730 bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128B. Baterinya sebesar 3,700mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Kekurangan padanya ialah ketiadaan jek audio 3.5mm, tiada slot kad mikroSD dan tidak kalis air.

Jangan terlambat untuk mendapatkannya, ia mula dijual hari ini selagi stok masih ada. Segera ke Stor Samsung di Shopee untuk menadpatkannya.

BACA  Celcom Ikrar Sistem Sandaran Trilapis Selepas Kegendalaan Servis Di Wilayah Utara