• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa rasmi Honor 9X tiba dengan spesifikasi dibongkar

  • OLEH Najib
  • 7:41 pm
  • 15/07/2019
  • Komen
Rupa rasmi Honor 9X tiba dengan spesifikasi dibongkar
Share on FacebookShare on Twitter

Honor 9X telah dijadualkan akan dilancarkan pada minggu depan, dan Honor sedikit demi sedikit menarik minat orang ramai dengan petunjuk yang dikongsikan. Sebelum ini mereka mengumumkan kuasa Kirin 810 untuk Honor 9X, kini Honor memperlihatkan rupa sebenar Honor 9X. Di bahagian belakangnya.

Gambar yang dikongsikan Honor 9X ini menampilkan rupa yang sangat megah, gabungan warna biru dan merah ibarat aurora, yang membentuk huruf X di belakang. Agak serupa dengan apa yang diperlihatkan di Honor View 20 dengan huruf V di belakangnya.



Dari gambar ini juga jelas dapat dilihat terdapat tiga kamera di belakang, dengan kamera utama 48MP berkuasa AI tercetak di tepinya. Tiada pengimbas capjari di belakang tetapi dijangka ia tidak terdapat di dalam skrin.

Jika diteliti di tepi telefon ini, terdapat bahagian tenggelam di bawah butang kawalan bunyi. Ia mungkin sama seperti yang digunakan Honor 20, iaitu pengimbas capjari dipasang ke dalam butang kuasa. Bermakna, pengimbas capjari terdapat di tepi telefon.



Selain pemproses Kirin 810, tiada maklumat lain yang dikongsikan secara rasmi oleh Honor. Tetapi penemuan di TENAA mungkin memberi sedikit pencerahan tentang Honor 9X.

Honor 9X dan Honor 9X Pro?

Dua model peranti Honor baru didaftarkan di TENAA, dengan model nombor HLK-AL00 dan HLK-AL10. Kedua-duanya memiliki banyak persamaan seperti skrin LCD 6.59-inci FHD+, Android 9.0 Pie dan bateri 3,900mAh. Ia juga menerima kad mikroSD sehingga 512GB.

Perbezaan terdapat di tawaran RAM, storan dan kamera. Di HLK-AL00, ia disenaraikan bersama RAM 4GB, 6GB dan 8GB serta storan 64GB, 128GB dan 256GB. Kameranya pula ada tiga kesemuanya, dua di belakang gandingan kamera 48MP dan 2MP, serta kamera hadapan 16MP.

Spesifikasi Honor HLK-AL00 di TENAA

Untuk HLK-AL10 pula, senarai RAM hanya 6GB dan 8GB, manakala storan pula 128GB dan 256GB. Kameranya ada empat dengan tiga kamera belakang gandingan 48MP, 8MP dan 2MP, serta kamera hadapannya 16MP.

Spesifikasi Honor HLK-AL10 di TENAA

Dari senarai ini, boleh dikatakan HLK-AL00 merujuk kepada Honor 9X yang memiliki dua kamera belakang. Manakala HLK-AL10 dikhabarkan ialah Honor 9X Pro dengan tiga kamera belakang. Jadi, boleh dirumuskan gambaran yang dikongsikan Honor di atas ialah Honor 9X Pro.

Perkara ini masih tidak dipastikan lagi kerana masih belum disahkan Honor. Sudah pasti lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang majlis pelancarannya yang akan diadakan di Xi’an, China pada 23 Julai 2019.

Sumber: GSMArena, Weibo, TENAA 1, TENAA 2

Tags: honorHonor 9X
Najib

Najib

POPULAR

Rupa rasmi Honor 9X tiba dengan spesifikasi dibongkar

Rupa rasmi Honor 9X tiba dengan spesifikasi dibongkar

15 July 2019
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER